Lebih 85 NGO Boikot Barangan Penyokong Demonstrasi Haram

 KUALA LUMPUR 28 Mei - Lebih 85 badan bukan kerajaan (NGO) akan terus menggerakkan usaha memboikot barangan produk keluaran syarikat yang menyokong demonstrasi haram jalanan.

Menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, usaha memboikot itu bertujuan memberi kesedaran kepada pengusaha syarikat yang dilihat tidak mempunyai semangat kenegaraan sehingga sanggup menggadai kemakmuran negara.

"Kita cuma mengharapkan 30 peratus (boikot) saja kerana ini akan menyebabkan mereka tiada keuntungan, katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.

Hadir sama aktivis Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) Mohd Mustaffa Hamzah dan Pertubuhan Permuafakatan Wangsa Malaysia Ayahanda Kelana Putra.

Jelas Nadzim, boikot yang dijalankan tidak eksklusif terhadap masyarakat Cina tetapi kepada semua yang terlibat dan menyokong dalam perhimpunan haram.

"Bukan boikot produk (kaum) Cina, tidak ada satu sebab pun, kita hanya nak sampaikan isyarat kepada syarikat yang kita anggap tidak mempunyai semangat kenegaraan, tidak patriotik kerana dengan sesuka hati melakukan berbagai usaha untuk menjejaskan kemakmuran negara." katanya.

Dalam pada itu Nadzim turut mengambil contoh seorang tokoh antarabangsa, Mahatma Gandhi yang berjaya menumbangkan empayar Britshh yang kuat sehingga mencapai kemerdekaan dengan hanya memboikot.
"Ini adalah pesanan pertama, kita bersama-sama tunjukkan kuasa pengguna. Bukan hanya kepada pengguna Islam tetapi juga seluruh rakyat Malaysia kerana ditipu," ujarnya.

Dalam sidang media sama Nadzim menjelaskan bahawa terdapat beberapa penipuan didalam operasi syarikat yang mengeluarkan produk-produk yang tersenarai dalam barangan boikot.

Antara lain, kandungan bahan-bahan beracun yang terdapat di dalam makanan dan ketiadaan sijil sah halal.

"Penjelasan telah diminta daripada syarikat tersebut namun tidak mendapat jawapan yang sewajarnya," katanya.

Lantas yang demikian Nadzim mendesak pihak berwajib agar membuat siasatan dan menyarankan orang ramai tidak diperdaya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Kita minta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) siasat Air Asia kerana kita dapat tahu sektor di Hong Kong, Filipina dan Thailand tiada sijil halal.

"Apabila kita tanya mereka enggan jawab. Jangan kita dibuli oleh syarikat besar seperti ini," tegas beliau.

Lapan produk disenaraikan untuk diboikot seperti, minyak masak Seri Murni, roti Massimo, tepung gandum Cap Sauh dan Blue Key, makanan dalam tin keluaran Marina, 99 Speedmart, restoran Old Town White Coffe, Papa Rich dan syarikat penerbangan Air Asia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana