KPN pertahan tangkapan pemimpin PR...Terbaik Tindakan Tegas


KUALA LUMPUR: Pasukan polis sentiasa bertindak ke atas mereka melanggar undang-undang tanpa memihak, kata Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Malah, Khalid turut menolak kenyataan bahawa polis adalah agensi pro-kerajaan, ekoran tuduhan yang dilemparkan sebaik tangkapan pemimpin PR dibawah Akta  Hasutan 1948, antaranya naib presiden PKR Chua Tian Chang dan pemimpin PAS, Tamrin Ghafar.

“PDRM tidak pernah memihak dan pro sesiapa pun. Polis adalah sebuah badan yang cuma menguatkuasakan undang-undang yang  dikeluarkan serta mengambil tindakan kepada pihak yang cuba menimbulkan ketegangan.

“Jika kita tidak bertindak, negara kita mungkin akan berhadapan dengan krisis ketenteraman awam sekali gus meletakkan Malaysia  sebagai sebuah negara yang tidak selamat untuk diduduki. Tidak kira siapa dan individu di pihak mana yang melanggar peraturan,  kami akan tangkap,” kata Khalid yang dipetik dalam satu wawancara dengan akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Semasa menangkis tuduhan pihak polis mengabaikan pencegahan jenayah kerana memberi tumpuan kepada perhimpunan PR, Khalid menegaskan anggota polis yang ditempatkan dalam satu perhimpunan besar penting bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

“Jangan ingat apabila kita menganjur perhimpunan tidak perlu anggota polis untuk mengawalnya. Oh...tidak perlu ini (polis) sebab ia  akan aman dan polis boleh buat kerja lain, boleh pergi cegah jenayah.

“Apa kata jika ada satu kumpulan lain pula yang bertentangan pandangan dan pendapat mengadakan perhimpunan sama dan  berlakulah pertembungan. Jika berlaku pertembungan dan tidak ada pengadilnya (polis) apa akan jadi?” tegas Khalid lagi.

Khalid kemudiaan menjelaskan keperluan untuk memaklumkan awal bagi mengadakan perhimpunan besar-besaran adalah bertujuan  supaya pihak polis boleh merancang ke hadapan untuk menggagihkan tenaga dan sumber.

“Jadi bila ada perhimpunan besar, kita memerlukan ramai keanggotaan untuk mencegah perkara tidak diingini berlaku dan kita  menggunakan sumber yang ramai untuk tujuan tersebut. Itu akan menyebabkan polis menghadapi masalah menjalankan tugas  kepolisan lain seperti mencegah jenayah, mengawal lalu-lintas dan sebagainya.

“Sebab itulah, kita minta penganjur perhimpunan maklumkan kepada kita mengikut peraturan yang ada agar kita boleh mengatur dan  membuat perancangan supaya perhimpunan itu berjalan lancar tetapi masalahnya ramai yang tidak mahu ikut,” tambahnya beliau.

Sepanjan dua minggu lebih perhimpunan anjuran PR bagi membantah penipuan pilihan raya yang mereka dakwa, Pengarah  Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini telah didakwa dibawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (PPA) kerana gagal  memberikan notis 10 hari kepada pihak polis. Pemimpin DAP, Thomas Su juga dijangka akan didakwa di mahkamah bagi kesalahan  yang sama esok.

Khalid juga menegaskan pihak polis tidak pernah abaikan tanggungjawab menangani jenayah malah ia sentiasa menjadi keutamaan  bagi mereka.

Dalam wawancara itu lagi, Khalid juga berkata bahawa generasi muda zamains sekarang mudah terpengaruh serta “mengambil  bahagian dalam perhimpunan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan”.

Beliau kemudiannya ditanya tentang keupayaan pasukan polis untuk menangani masalah tersebut tersebut tanpa Akta Keselamatan  Dalam Negeri (ISA) 1960.

“Mewakili suara polis, saya akui memang kami benar-benar merasai ‘kehilangan’ ISA. Tetapi, kami menghormati keputusan kerajaan  memansuhkan akta itu yang antara lain bertujuan menepati keperluan hak asasi kemanusiaan.

“Bagaimanapun, saya memohon kepada pihak yang satu ketika dahulu menuntut pemansuhan akta itu supaya turut menghormati  hak asasi orang lain,” kata Khalid, serta mendakwa perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan melanggar hak pemilik perniagaan  yang berniaga.

“Jika kerajaan sudah memuaskan hati mereka melalui pemansuhan akta itu, maka mereka juga perlu mematuhinya. Pada pendapat  saya, Akta Perhimpunan Aman dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) yang diperkenalkan juga relevan untuk  dilaksanakan,” kata Khalid yang merujuk kepada akta baru yang diperkenalkan pada 2012 untuk mengantikan Akta ISA.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana