Kit Siang jangan lupa sejarah - Mubarak


IPOH 15 Mei - Penasihat DAP, Lim Kit Siang diingatkan supaya berhenti membakar sentimen kebencian kaum dengan melemparkan penghinaan terhadap kepemimpinan negara kerana perbuatan itu dilihat menyinggung perasaan serta mencabar kesabaran orang Melayu.

Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Perak, Datuk Saharudin Abdul Jabar menegaskan, tindakan keterlaluan Kit Siang dan pengikutnya menggelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘syaitan’ dalam satu perhimpunan haram baru-baru ini dilihat ‘memberi isyarat yang tidak baik’ kepada orang Melayu.Menurut beliau, sebagai orang lama dalam politik, Kit Siang sepatutnya belajar daripada sejarah bagaimana tindak-tanduk satu kaum menghina kaum lain telah mencetuskan perbalahan seperti yang berlaku pada peristiwa 13 Mei 1969.

“Toleransi kaum adalah tunjang keharmonian negara. Sikap biadab terhadap pemimpin tidak kira Melayu atau bukan Melayu tidak harus ditonjolkan. Kit Siang lama berpolitik, beliau tahu pantang larang orang Melayu, tidak patut beliau lakukan kesilapan ini.

“Atau adakah beliau memang hendak ulangi 13 Mei 1969? Sampai bila orang Melayu hendak sabar apabila Kit Siang dan pengikutnya sudah boleh hina pemimpin Melayu dengan gelaran syaitan? Ini sudah tidak boleh diterima," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kit Siang ketika berceramah di hadapan lebih 3,000 penyokong yang sebahagian besarnya kaum Cina di Dewan Chin Woo, Ipoh dilapor menggelar Perdana Menteri sebagai ‘syaitan’.

Antara kata-katanya yang dipetik daripada laporan akhbar adalah: “You want (kamu mahu) syaitan yang dikenali kembali menjadi Perdana Menteri?" sambil dijawab: “No" (tidak) oleh penyokongnya.

Kit Siang juga bertanya: “Siapakah syaitan yang dikenali?" dan jawapan yang diterima: “Najib."

Saharudin menegaskan, Kit Siang dan rakan-rakannya mempunyai banyak cara untuk meraikan ‘kemenangan’ parti itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), tetapi memilih untuk melemparkan penghinaan terhadap pucuk pimpinan negara yang diterajui orang Melayu.

Beliau mengingatkan Kit Siang tidak menyalahgunakan prinsip demokrasi untuk melancarkan provokasi melampau kerana tindakan itu boleh merosakkan negara.

“Orang Melayu yang sokong DAP hanya sedikit bilangannya, sebahagian besar tidak menerima mereka. Jangan paksa orang Melayu bertindak balas dengan penghinaan sebegini, saya minta jangan cabar," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana