Kisah benar dialami rakyat Malaysia di Vietnam angkara Air Asia...


Ketika bos Air Asia X Azran Osman Rani yang dibelasah depan belakang dalam soal 'kemelayuannya', rakyat Malaysia pada Ahad dikejutkan dengan satu kejadian malang penumpang syarikat penerbangan murah tersebut.

Ini bukan konspirasi, tapi kisah benar menimpa seorang wanita rakyat Malaysia bersama bayinya yang terdampar dibumi asing berikutan sikap kurang mesra pelangan syarikat penerbangan Air Asia di Vietnam malam Sabtu lalu.

Untuk rekod, selepas ding dong dan segala macam masalah, wanita malang itu bersama anaknya dibawa pulang oleh penerbangan MAS petang Ahad.

Siapa tahu mungkin kisah begini sudah selalu berlaku cuma semalam di Ho Chin Min, kebetulan ada wartawan TV3 Mazidul Akmar Sidik yang menyaksikan dengan mata kepala sendiri apa yang berlaku dan melaporkannya dalam blog beliau.

Kisah tersebut kemudian tersebar di facebook dan twitter. Sepantas kilat, berbagai reaksi kemarahan rakyat Malaysia dihemburkan kepada pengurusan Air Asia.

Bosnya Tan Sri Tony Fernandes dalam satu kenyataan di twitter kata beliau kini berada di Jepun dan sedang meneliti laporan kejadian. Manakala beliau mengarahkan pekerjanya untuk mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian di Vietnam itu.

Ceritanya mudah, ibu muda berusia 36 tahun, Izan  Suhaila Mohd Ali bersama bayinya Maryam Sofea Mohd Reza, 14 bulan bersama rombongan telah pergi bercuti di Vietnam menggunakan perkhidmatan Air Asia.

Bayi kecil itu demam campak sebelum itu, tapi doktor di Malaysia kata tidak ada masalah dan boleh pergi bercuti sejak Rabu 15 Mei lalu.

Cuma ketika hendak pulang, mereka ditahan oleh kakitangan Air Asia dan diberitahu tidak boleh naik kapal terbang tersebut selain kena tunggu di situ selama lima hari lagi.

Ada doktor yang kebetulan dok tunggu penerbangan yang sama periksa bayi malang itu dan dapati ia tidak demam lagi, cuma kesan hitam akibat campak saja yang kelihatan.

Beliau dan bayinya dipisahkan dari kumpulan, tanpa beg baju dan barang keperluan lain yang telah masuk dalam pesawat.

Kasihan melihat kesusahan yang dihadapi oleh si ibu dan anak, orang ramai pakat-pakat hulur duit untuk pasangan tersebut.

Berdasarkan cerita yang dipetik dari blog Mazidul, kakaitangan Air Asia yang mengiringi pasangan itu ke stesen teksi sambil meminta maaf.

Dan wanita itu serta anaknya terpaksa pergi beli baju sendiri selain balik ke hotel yang pernah mereka huni.

Cuma hari ini, cerita yang kecil sudah jadi besar, sampaikan melibatkan pihak kedutaan dan wakil tourist Malaysia juga syarikat penerbangan MAS.

Menurut Mazidul, kakitangan MAS telah ke hotel tersebut dan membawa keluarga malang itu ke hospital untuk pemeriksaan.

Dan pada petang Ahad, ibu dan anak itu sudah selamat mendarat di KLIA menggunakan pesawat MAS.

Di bawah kami siarkan semula cerita yang dipetik dari blog Mazidul.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana