Khairy Seru Golongan Belia Sokong Kepimpinan Najib


PUTRAJAYA 26 Mei - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyeru golongan belia agar bersama- sama menyokong pentadbiran negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Khairy, kini bukanlah masa untuk bersengketa dalam mengejar impian peribadi masing-masing, tetapi dalam usaha memacu kemajuan negara bersama pentadbiran negara sedia ada.

" Hari ini kita (belia) bersama-sama (Najib) dan Barisan Nasional (BN). Bukan masa untuk bersengketa bagi mengejar impian peribadi merampas Putrajaya.

"Kita perlu pandang ke hadapan. Belia yang berkumpul bersama perdana menteri pada malam ini tidak mahukan politik yang berpecah belah," katanya dengan penuh semangat sambil mendapat sorakan belia yang hadir pada Majlis Pelancaran Festival Belia di sini malam tadi.
 Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Bekas Menteri Belia dan Suka, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi serta barisan menteri dan timbalan menteri kabinet lain.

Tambah Khairy,golongan belia yang bersama-sama dengan pemimpin negara waktu kini mampu memacu negara ke arah kemajuan bagi memastikan masa depan Malaysia lebih baik.

"Jika belia Malaysia bersama Najib, pasti kita akan perolehi masa depan yang cerah. Masa depan belia juga mencorakkan misi negara bagi memastikan kelangsungan dan keseimbangan misi dan visi yang dirancang kerajaan," katanya.

Pada ucapannya,Khairy turut berkata, akujanji yang dilancarkan oleh kerajaan untuk golongan belia jelas membuktikan bahawa kerajaan 'sayang' kepada golongan belia.

"Akujanji BN untuk belia bukanlah untuk jangka masa pendek, tetapi untuk jangka masa yang panjang. Akujanji jelas menunjukkan PM sayang kepada kita," katanya.

Festival Belia Putrajaya tahun ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana