Khairy : KBS Akan Bantu Bawa Skuasy Ke Olimpik

 PUTRAJAYA 25 Mei - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengangkat taraf skuasy ke peringkat lebih tinggi dan berusaha untuk memasukkan sukan tersebut ke arena sukan Olimpik.

Menurut menterinya, Khairy Jamaluddin, KBS akan turut sama-sama membantu sukan Skuasy untuk dijadikan antara sukan dalam acara di temasya dunia berkenaan.

"Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membantu menyokong bidaan Skuasy untuk layak ke sukan Olimpik.

"Harap International Olympic Community (IOC) memberi pertimbangan sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak Festival Belia Putrajaya 2013 di Putrajaya di sini , semalam.

Para peminat sukan Skuasy juga boleh membuat undian untuk membolehkan sukan itu layak ke temasya dunia olimpik 2020.

Undian boleh dibuat sebelum 29 Mei ini dengan melayari http://www.insidethegames.biz/polls/71-which-sport-do-you-think-the-oic-should-vote-to-include-on-the-olympic-programme-for-2020

Semua kategori sukan akan diputuskan pemilihan untuk ke sukan olimpik pada September ini.
Sementara itu ditanya pemberita samada tindakan merombak persatuan sukan sepertimana Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan turut diikuti persatuan sukan lain, Khairy menolak saranan berkenaan kerana katanya, setiap badan sukan tidak boleh diambil pendekatan sama (rombakan).

Beliau yang mengakui terdapat beberapa kelemahan disetiap persatuan sukan dalam negara bagaimanapun akan berbincang dengan persatuan-persatuan berkenaan untuk mencapai langkah menangani sesuatu isu.

"Bukan semua perlu dirombak kerana ia terpulang kepada setiap persatuan, tetapi proses perbincangan itu perlu ada dan dimana kita boleh mencadangkan penambahbaikan kita buat, dimana nak lihat perubahan kita berbincang," ujar beliau

Selain itu Khairy sekali lagi menegaskan supaya persatuan bolasepak perlu menubuhkan jawatankuasa intergriti.
Ia antara lain bertujuan menangani beberapa isu seperti gejala atur perlawanan.

"Dari sudut intergriti, KBS banyak belanja duit,  bangunkan atlit jadi kita mahu lihat pulangan dari segi 'value for money'.

"Pelaburan mesti ada pulangan. Jangan dibelanjakan duit rakyat melalui persatuan sukan hatta melaui KBS sendiri untuk program atau dasar yang merugikan rakyat," tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana