Khairy cabar Pemuda PR bagi idea untuk pembangunan belia...Inilah Hebatnya KJ

Setelah terlepas peluang memasuki kabinet sebelum ini, Menteri beliau dan sukan yang baru Khairy Jamaluddin hari ini menegaskan hasratnya untuk menjadi menteri untuk rakyat Malaysia dan bukan "menteri BN" semata-mata. Justeru, katanya, beliau akan mendapatkan idea pelbagai pihak, termasuk daripada sayap Pemuda pembangkang dalam agenda kementeriannya untuk menyahut seruan national reconciliation (kerukunan nasional) perdana menteri.

 "Sudah tiba masanya rakyat maju ke depan dalam usaha menuju pembangunan dan transformasi. Bagi Kementerian belia dan sukan, akan akan bertemu dengan Pemuda parti politik termasuk pembangkang untuk mengadakan dialog. "Saya tidak ada masalah dengan perkara itu. Saya akan menulis surat kepada semua Pemuda parti politik, Pemuda PAS, datang bersembang dengan saya,

Apa idea kamu, dan apa jangkaan kamu. Ini cara saya untuk mempromosi national reconciliation. "Ini adalah kementerian belia dan sukan Malaysia, bukan kementerian belia dan sukan Barisan Nasional," katanya. Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan kerukunan nasional oleh Datuk Seri Najib Razak susulan fenomena yang digelarkannya sebagai "tsunami Cina" semasa pilihan raya umum.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana