Keuntungan Air Asia merosot...

AirAsia Bhd mencatat keuntungan sebelum cukai yang lebih rendah, sebanyak RM131.84 juta dalam tempoh suku pertama berakhir 31 Mac, 2013 berbanding RM212.406 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun lepas.

Sebaliknya perolehan bagi tempoh tiga bulan melonjak 11 peratus kepada RM1.3 bilion berbanding RM1.17 bilion sebelumnya.

Dalam satu kenyataan, operator penerbangan tambang rendah itu berkata peningkatan dalam perolehan sebahagian besarnya disebabkan oleh pertambahan bilangan penumpang yang berkembang tujuh peratus kepada 5.17 juta.

Peningkatan pendapatan sampingan bagi seorang dan purata tambang, selain pertumbuhan kapasiti berikutan bilangan pesawat yang beroperasi di Malaysia meningkat kepada 66, juga menyumbang kepada perolehan yang tinggi.

Bagaimanapun tiada penjelasan dibuat mengenai sebab keuntungan yang lebih rendah.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Aireen Omar berkata Syarikat itu mula memperoleh cengkaman menerusi peningkatan tujuh peratus dalam pendapatan sampingan kepada RM42 seorang penumpang pada suku pertama tahun ke tahun, disokong oleh jumlah bagasi dan kargo.

Aireen berkata kedudukan tunai AirAsia juga selesa dengan RM2.17 bilion dalam deposit, bank dan baki tunai.

"Kami juga mendapat maklum balas positif daripada pelabur membabitkan formula dasar dividen sebanyak 20 peratus daripada keuntungan bersih operasi tahunan." katanya.

Bagi suku pertama, AirAsia merekodkan keuntungan operasi sebanyak RM254.93 juta, meningkat enam peratus tahun ke tahun.

Aireen berkata, AirAsia Malaysia akan menerima enam pesawat tahun ini, sebahagian besarnya untuk meningkatkan kekerapan penerbangan di laluan sedia ada dan laluan muatan tinggi.

"Pada mulanya kami mengenal pasti untuk menambah 10 pesawat tahun ini, namun sebagai satu kumpulan, kami memutuskan untuk memberi ruang kepada syarikat sekutu untuk berkembang, terutama Thailand AirAsia dan AirAsia India yang akan dilancarkan.

"Selain itu, pengumuman mengenai kelewatan pembukaan klia2, kami yakin kapasiti terminal penerbangan tambang rendah (LCCT) akan mengalami kekangan," katanya.

Sehingga 22 Mei, 2013, AirAsia Group mempunyai kumpulan 124 pesawat A320s dan dijangka 356 pesawat lagi akan diserahkan sehingga 2026, tidak termasuk pesawat yang dipajak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana