Kerajaan mesti bertindak tegas...Pihak Kerajaan Jangan Berlembut Lagi


KUALA LUMPUR 16 Mei - Barisan baharu Kabinet, tampuk pemerintahan tertinggi polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa supaya bertindak tegas terhadap dalang perancangan perhimpunan jalanan Sabtu ini yang kononnya membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu.

Bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nordin Ahmad berkata, pihak berkuasa perlu bertindak tegas ke atas individu terbabit, khususnya aktivis jalanan propembangkang, Hishamuddin Rais yang berterusan menghasut rakyat membenci kerajaan.

Katanya, jika pihak berkuasa memberi alasan tidak mempunyai cukup bukti bagi membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan, beliau bersedia tampil membantu mengemukakan fakta diperlukan.

"Sebagai contoh, Hishamuddin Rais sejak kembali ke Malaysia pada 1990-an selepas hidup dalam buangan di luar negara tidak henti-henti menghasut rakyat dengan membuat tuduhan tidak berasas ke atas kerajaan khususnya melalui internet dan pelbagai media sosial, jadi SKMM pasti boleh mendapatkan perincian itu.

"Menteri-menteri yang baharu dilantik hari ini serta barisan kepimpinan baharu Polis Diraja Malaysia (PDRM) harus segera menjalankan tugas menghentikan fitnah yang boleh membawa negara ke arah kehancuran bermula dengan perhimpunan haram Sabtu ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali semalam yang menyifatkan hasutan Hishamuddin ke atas rakyat sebagai mencabar keluhuran Perlembagaan serta mengancam keselamatan rakyat dan negara.

Hishamuddin sebelum ini dilapor menghasut orang ramai menyertai rusuhan jalanan Sabtu ini dengan berkata, pembangkang menolak keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 dan adalah satu kebodohan jika penyokong pembangkang berdiam diri tanpa turun ke jalan raya bagi menggulingkan Barisan Nasional (BN).

Nordin menambah, Hishamuddin yang kononnya seorang aktivis jalanan merupakan penyokong kuat pembangkang dan sering hadir dalam majlis-majlis PKR.

"Hishamuddin pulang ke Malaysia ketika Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1990-an dan sejak itu Ketua Pembangkang itu mengarahkan Hishamuddin supaya menjalankan kempen membenci, memperkecilkan dan menimbulkan dakyah kepada kerajaan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana