Keputusan terbaik walau menang tipis - Zambry


IPOH: Penyandang jawatan Menteri Besar Perak Datuk Zambry Abdul Kadir menyifatkan keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) di Perak adalah terbaik biarpun berdepan persaingan sengit dengan pembangkang.

Zambry berkata beliau menghormati keputusan rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) walaupun menang tipis tiga kerusi.

"Keputusan kali ini adalah keputusan yang terbaik berbanding 2008.

"Pada 2008, 28 kerusi dan sekarang kita menang 31 kerusi menyaksikan pertambahan 3 kerusi," katanya dalam satu ucapan khas lewat malam tadi.

Beliau selain itu turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakyat Perak yang keluar menunaikan tanggungjawabnya mengundi.

"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Perak yang keluar mengundi kerana memberi mandat kepada BN Perak untuk mentadbir Perak lima tahun lagi.

"Terima kasih juga kepada SPR kerana menunaikan kewajipan sebaik mungkin.

"Kita semua ahli, kita sedar tanggungjawab kita selaras dengan manifesto dan janji ditepati kita," katanya.

Malah beliau dilihat mengambil pendirian wasatiyah ketika mengumumkan kemenangan kerusi BN tersebut.

"Kami memegang prinsip kesederhanaan dalam menunaikan tanggungjawab kami," katanya ringkas.

Justeru beliau mewakili semua calon BN yang bertanding mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakyat yang terus memberikan sokongan padu kepada BN untuk menerajui Perak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana