Keputusan keluar parti Pas tepat


Ahmad Zanian Md Shuhor

SELAMA – Bekas Ketua Pas Cawangan Sungai Bayor, Ahmad Zanian Md Shuhor, 62, jelas berpuas hati dan gembira dengan keputusan yang diambilnya bersama 680 lagi ahli Pas cawangan berkenaan untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai Umno.

Beliau berkata, lebih menggembirakan apabila kerusi Parlimen Larut dan Dun Selama masih berjaya dikekalkan menjadi milik Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, segala usaha yang dilakukan sebelum menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu dan hasilnya amat positif kerana bukan sahaja Parlimen, malah kerusi Dun juga berjaya ditawan oleh BN.

“Walaupun semua itu bukan daripada usaha saya seorang, namun berkat kerjasama semua pihak membolehkan BN kekal menawan Larut,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.

Ahmad Zanian berkata, selepa menyerahkan borang keahlian menyertai Umno kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, 3 Mei lalu, sokongan rakyat nyata mula beralih arah kepada BN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana