Keperitan rakyat Kedah di bawah PAS berakhir: BN


ALOR SETAR: Pengalaman perit rakyat selama lima tahun diperintah oleh PAS menjadi faktor kemenangan Barisan Nasional (BN) di Kedah pada pilihan raya kali ini, tegas Pengerusi BN negeri, Datuk Ahmad Bashah Mohd Hanipah.

Katanya reaksi positif rakyat yang mahukan BN kembali memerintah dan berkhidmat ekoran urustadbir buruk PAS diterjemah dalam pilihan raya umum semalam apabila BN menang 21 kerusi daripada 36 kerusi.

Justeru katanya pembangkang perlu menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat negeri itu melalui pemilihan demokrasi  dengan hati yang terbuka.

"Pertama kita yakin pengalamn lima tahun rakyat kedah berada dalam pembangkang rakyat dapat melihat dan merasai pengalaman di bawah pembangkang macam-macam hal berlaku.Jadi daripada situ mengambil keputusan mengubah dan itulah keputusan daripada rakyat.

"Kalau dulu kita boleh menerima keputusan 2008 jadi saya harap pembangkang boleh menerima keputusan rakyat, sepatutnya mereka juga harus menerima keputusan yang telah di buat pada malam ini," katanya ketika ditemui di bangunan Tunku di sini semalam.

Tambahnya lagi kemenangan BN untuk kembali menubuhkan kerajaan di Kedah telah dijangkakan berdasarkan reaksi rakyat.

"Alhamdulillah daripada awal kita menjangkakan 9-10 parlimen kita menang dan agak tepat jangkaaan itu," ujarnya.

Dalam pada itu Ahmad Bashah yang memenangi kerusi DUN Bakar Bata mengalu-alukan pelantikan timbalannya Datuk Mukhriz Mahathir sebagai pemangku jawatan Menteri Besar di negeri jelapang padi itu.

Mukhriz mengangkat sumpak sebagai Menteri Besar Kedah hari ini selepas menang di kerusi Ayer Hitam semalam dengan majoriti 2,446 undi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana