Kenapa Rafidah berdiam diri...?Luahan Penolong Setiusaha Wanita UMNO


Saya selaku Penolong Setiausaha Wanita UMNO Malaysia ingin menyatakan sokongan kepada kenyataan YBhg Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil mengenai sikap Tan Sri Rafidah yang berdiam diri ke atas kenyataan Azran Osman-Rani, CEO Airasia X sebelum ini.

Saya ingin menyatakan bahawa CEO Airasia X tersebut tidak menghormati Tan Sri Rafidah yang merupakan pemimpin Wanita UMNO yang membela kepentingan Wanita bangsa Melayu di bumi Malaysia ini. Beliau sepatutnya sedar akan kedudukan beliau sendiri sebagai anak Melayu yang mendapat manfaat besar di syarikat penerbangan tersebut.

Tindakan tegas dari Tan Sri Rafidah juga didesak bagi membuktikan semangat kebangsaan yang ada dalam syarikat yang mewakili nama baik Malaysia di serata dunia masih terus kekal.

Tan Sri Rafidah supaya tidak hanya lantang mengkritik dan mengadu-domba dalam Wanita UMNO sahaja tetapi apabila perkara yang membabitkan kepentingan Melayu, beliau mengambil keputusan hanya berdiam diri atau mungkin beliau sendiri setuju dengan kenyataan Azran tersebut. Apakah begini sikap seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia?

Persoalannya apakah Azran membuat kenyataan ini setelah mempertimbangkan atau membaca akhbar-akhbar Cina yang mana lebih rasis dari Utusan Malaysia sendiri. Saya bagi pihak Wanita UMNO mendesak Azran untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua orang Melayu di Malaysia.

Comments

mathy said…
betul lah apa yang azran cakap tu, tengok lah data utusan melayu bayar saman fitnah di mahkahmah....mmg utusan tak mewakili suara melayu pun, lebih lagi suara melayu seperti kami...sokong utusan melayu samalah subahat ke neraka nnt...bijak rafidah tak msk cmpur this silly matter...amin

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana