KEDUDUKAN MCA DALAM KABINET AKAN DITENTUKAN KEMUDIAN

PUTRAJAYA, 15 Mei (Bernama) – Kedudukan MCA dalam kabinet akan ditentukan kemudian kerana ia melibatkan pendirian mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu yang tidak menerima jawatan dalam kabinet, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.Perdana menteri berkata sekiranya kerajaan mahu mempertimbang penyertaan mereka dalam kabinet, maka keputusan EGM itu perlu diubah.Dalam menarik perhatian mengenai MCA yang tidak menyertai kabinet yang baru dibentuk, beliau memberi jaminan kerajaan akan memberi khidmat kepada semua kaum.“Oleh kerana kita pegang kepada konsep BN (Barisan Nasional), tidak kira daripada mana parti, kita juga mesti beri pertimbangan kepada semua kaum,” katanya pada persidangan media selepas mengumumkan senarai kabinet Persekutuan di Bangunan Putra Perdana di sini.

Ditanya bilakah wakil MCA dapat menyertai kabinet, Najib berkata itu urusan MCA untuk menentukannya dan menambah kata beliau telah memperuntuk sebuah kementerian (Pengangkutan) kepada MCA dan ia kini dipangku untuk membolehkan kementerian itu dipimpin MCA sekiranya mereka dapat meminda keputusan EGM itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana