Kecewa Tindakan Kaum Cuna, PCM Tutup Pusat Khidmat


BUKIT MERTAJAM 8 May - Parti Cinta Malaysia (PCM) kesal dengan tindakan pengundi khusunya dari kalangan kaum Cina tidak memilih parti tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas.

Justeru, Naib Presiden PCM, Huan Cheng Guan memutuskan untuk menutup semua Pusat Khidmatnya serta-merta mulai hari ini.

Katanya, keputusan PRU13 jelas memperlihatkan masyarakat setempat tidak memerlukan khidmat partinya kerana tetap memilih pembangkang.

Jelasnya, sekiranya orang ramai menghadapi sebarang masalah, mereka boleh merujuk terus kepada wakil rakyat pembangkang.

PRU13 menyaksikan PCM bersama tujuh parti lain tidak mendapat sebarang kerusi di Parlimen disamping wakil Bebas.

Barisan Nasional memperoleh 133 kerusi Parlimen dan 89 lagi dimenangi Pakatan Rakyat dimana DAP, PAS dan PKR masing-masing memperoleh 38, 30 dan 21 kerusi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana