Kaum India tetap bersama BN


BENTONG: Masyarakat India di Pahang tetap menyokong Barisan Nasional (BN) yang dilihat mampu membawa agenda pembangunan yang lebih baik untuk masyarakat minoriti itu di Pahang.

Keputusan pucuk pimpinan BN yang meletakkan calon kaum India bagi kerusi DUN Sabai, membuktikan BN tetap mengamalkan sikap toleransi dan perkongsian kuasa, untuk semua kaum di negara ini.

Masyarakat India menyifatkan calon BN di DUN Sabai, R. Goonasakaren mampu membawa agenda transformasi kerajaan BN yang turut memberi manafaat kepada mereka.

Bekas pembantu khas kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob itu diyakini mampu menyelesaikan permasalahan kaum India di Pahang terutama di Sabai.

Penjual sayur, C.Ponnulselvan, 37, dari Taman Karak berkata Goonasakaren kelihatan penuh berwawasan bagi membawa perubahan di kawasan itu.

"Beliau (Goonasakaren) bekerja keras, tidak kira siang dan malam turun padang bagi memenangi sokongan rakyat dan menjelaskan dasar-dasar kerajaan serta cadangan-cadangan bernas beliau terutama untuk menjaga kebajikan penduduk di sini.

"Tidak ketinggalan beliau turut menerangkan bagaimana kaum India di sini boleh mendapat manfaat daripada usaha-usaha kerajaan dalam membantu meningkatkan ekonomi masyarakat India seperti melalui pinjaman atau bantuan memulakan perniagaan kecil dan pendidikan," katanya kepada Bernama.

Penyandang DUN Sabai sebelum ini ialah Pengerusi MIC Pahang Datuk M. Davendran. Lebih 20 peratus daripada 10,868 pengundi DUN Sabai terdiri daripada kaum India.

Sementara itu, pemandu lori, S. Selvam, 35, berkata, pendekatan yang digunakan Goonasakaren ketika berkempen iaitu bersemuka secara terus dengan pengundi merupakan langkah proaktif dan dilihat mampu memikat hati masyarakat.

Bagi Goonasakaren, 54, pengalamannya sebagai pembantu khas kepada Menteri Besar Pahang sejak 2010, akan digunakan sepenuhnya bukan sahaja bagi meraih kemenangan tetapi juga untuk meningkatkan majoriti selepas M. Davendran hanya berjaya memperoleh 145 undi majoriti pada 2008.

"Saya sering  mengadakan pertemuan dengan semua pemimpin cawangan komponen BN di sini untuk mendengar maklum balas mereka agar dengan cara ini saya boleh meningkatkan strategi kempen saya untuk disesuaikan dengan pengundi sasaran," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana