Kaki Datuk Seri Azizan Dipotong Elak Jangkitan Kuman...Semoga Cepat Sembuh...Aminnn


Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sedang menjalani pembedahan bagi memotong kedua belah kakinya yang dijangkiti kuman.

Menurut setiausaha akhbarnya, Helmi Khalid, prosedur pembedahan bermula kira-kira jam 6 setengah petang tadi.

Datuk Seri Azizan sebelum ini, beliau menerima rawatan di Kedah Medical Centre, Alor Setar kemudiannya dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang semalam setelah komplikasi jangkitan kuman di kakinya bertambah parah.

Bagaimanapun menurut Helmi, Datuk Seri Azizan mula menunjukkan reaksi positif pagi tadi apabila mula memberi tindak balas apabila disapa mereka yang menziarahinya.

Semalam beliau diziarahi Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana