JASAMU DIKENANG, BAKTIMU DISANJUNG


Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan selamat bersara dan selamat maju jaya kepada Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar di atas persaraan beliau bermula 17 Mei 2013 setelah hampir 42 tahun berkhidmat sebagai seorang pegawai yang berdisplin, tegas dan berintegriti tinggi.

Sebagai Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail telah berjaya memimpin dan memikul tanggungjawab dan amanah yang disandarkan dengan penuh komited dan berdedikasi. Beliau juga berjaya memacu pasukan dengan menaikkan imej dan kredibiliti PDRM ke tahap yang begitu membanggakan.

Teguhnya kepimpinan Tan Sri, keupayaan itu seiring dengan kepimpinan yang ditunjukkan oleh tulang belakang beliau yang dilaksanakan dengan jayanya oleh Puan Sri Hajah Suriati Bt Md Sobri melalui Persatuan Keluarga Polis (PERKEP). Menerajui PERKEP dengan cemerlang, memastikan setiap dokongan dan sokongan yang dimainkan oleh kaum ibu dan isteri, sampai kepada kaum bapa dan suami di dalam pasukan.

Jasamu, baktimu serta legasi yang ditinggalkan jadi pendorong dan pemangkin kepada kelestarian pasukan untuk terus unggul. Selamat bersara Tan Sri, jasamu dikenang dan baktimu disanjung buat selama-lamanya…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana