Isu MB Selangor : Wan Azizah tunjuk power mahu Khalid ...Azmin & Geng 'memberontak'


Azmin Ali tampil di sidang akhbar yang ditunggu-tunggu pagi Jumaat satu jam lewat.Berbeza dengan masa lampau cutting rambutnya lebih ada stail sikit...gaya macam MB lah.

Sidang akhbar sepatutnya bermula jam 11 pagi.Wartawan sudah masuk menunggu.Namun para penyokong Azmin buat kecoh semuanya bersesak dalam bilik sidang media di ibupejabat PKR dekat Petaling Jaya sekalipun diminta petugas agar keluar.

Asalnya sidang akhbar hendak diadakan di sebuah hotel di Ampang Point.Namun lewat malam tadi pejabat Azmin hantar notis baru kata ia ditukar ke ibupejabat PKR.

Azmin sudah sampai lebih awal di pejabat.Namun beliau tidak turun pada jam 11 pagi.Ikut ceritanya masa itu beliau ada dalam pejabat ditingkat atas tengah dok sibuk deal mengenai apa yang nak dikatanya dalam sidang akhbar.

Jam 12 tengahari baru beliau masuk bilik sidang akhbar.Kelewatan beliau masuk dan penyokongnya yang bersesak itu sudah membuat kalangan wartawan menduga memang ada yang ' tak kena'.

Timbalan Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa itu memulakan sidang akhbarnya dengan menafikan desas desus beliau hendak keluar parti masuk BN.

Macam biasa Azmin menuduh UMNO/BN yang cetuskan cakap-cakap itu sekalipun dua tiga hari kebekalangan ini beliau ada hantar mesej di twitternya yang bunyi macam marah kepada partinya sendiri.
azmin-pcwwxx
Seperti diduga sidang akhbar itu semata-mata bertumpu kepada isu lantikan jawatan Menteri Besar Selangor.Bukan rahsia lagi Azmin dan gengnya tidak mahu Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dalam sidang akhbar itu Azmin gambarkan seolah Meneri Besar itu tidak buat kerja dengan betul.

Beliau mendakwa kritikan terhadap khalid wujud dikalangan segenap lapisan parti termasuk hingga ke  Sabah.

Beliau tunjuk kearah sebilangan pimpinan PKR yang hadir di sidang akhbar itu yang katanya nak tunjuk mereka sokong kenyataannya.

Azmin mendakwa pentabiran Khalid sesak dengan birokrasi hingga ada ahli perniagaan kena tunggu dua tahun untuk mendapat kelulusan.

Selain itu ada juga aduan tentang sampah tidak angkut,masalah pembentungan dan jalan tidak dibaiki.

"Kita mahu CEO negeri yang dengar pada penjawat awam dan rakyat,"tegasnya.

Kataya Azmin resab RM2.6 billion yang ada dalam kantung kerajaan negeri tidak membawa apa-apa makna jika kerajaan tidak responsif pada rakyat.

Azmin juga tunjuk kehebatannya kali pertama kritik Anwar secara terbuka kerana gagal selesaikan sebilangan isu sekalipun memegang jawatan Penasihat Ekonomi Negeri.

Dalam isu jawatan Menteri Besar ,Azmin Ali jelas menghalakan senapangnya pada Presiden PKR Datuk Sri Dr Wan Azizah Ismail .

Beliau dakwanya amalkan nepotisme atau pilih kasih.

Beliau mempersoalkan Wan Azizah serahkan surat mencalonkan Khalid sebagai Menteri Bssar kepada Istana tanpa persetujuan PKR negeri.

"Isunya adalah proses pemilihan calon tersebut untuk dipersembahkan kepada DYMM Sultan Selangor mestilah melalui consultation yang telus seperti yang dituntut oleh al-Quran...," katanya.

Adalah diketahui umum bahawa Wan Azizah sejak dulu lagi backing Khalid.

Khalid jaga pentabiran negeri manakala Azmin ialah Pengerusi PKR negeri Selangor yang jaga urusan politik.

Azmin menafikan kemaruk nak jadi Menteri Besar.

Katanya Anwar sendiri pernah bagi hint nak lantik beliau.Katanya jika beliau mahu sudah jadi Menteri Besar pada tahun 2008 lagi.

Menurut Azmin PKR Selangor yang diketuainya sudah adakan mesyuarat tergempar petang Khamis dan memilih siapa yang layak jadi Menteri Besar.

Beliau enggan sebut namanya atau apakah nama beliau ada dalam senarai itu.

Mengenai sokongan PAS dan DAP kepada Khalid,beliau menilai ia bukan satu bentuk restu yang rasmi.

Baginya itu adalah pandangan mereka yakni sokong PKR ketuai kerajaan dan bukan orangnya.

Azmin menegaskan PKR Selangor cuma akan menyokong calon yang dipilih secara konsensus saja.

Melihat pada perkembangan ini sumber dalaman PKR kata silap haribulan satu ' perang besar' akan meletus.

Sumber itu tidak melihat kemungkinan Wan Azizah dan Khalid akan tunduk kepada kehendak Azmin dan gengnya.

Anwar pula bagaimana? Ikut cakapnya Ketua Umum PKR itu sekalipun suami Wan Azizah belum tentu berani cakap banyak.

Katanya jika Anwar ada penguasaan keatas Wan Azizah dalam soal jawatan Menteri Besar Selangor ini mana mungkin Azmin buat sidang akhbar hari ini.

"Ini petanda keadaan sudah hilang kawalan,"katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana