Isu Kampong Bharu selesai, parlimen Tititwangs​a milik BN...

 Antara sebab Barisan Nasional (BN) tewas di Parlimen Titiwangsa pada PRU 12 adalah kerana PAS berjaya mempengaruhi pengundi-pengundi di Kampung Bharu berkaitan isu tanah serta rancangan kerajaan membangunan kawasan tersebut.

Sebilangan besar penduduk yang menolak rancangan itu memilih mengundi Dr Lo Lo Ghazali sekaligus mengenepikan calon BN Datuk Aziz Jamaluddin.

Lo Lo memperolehi 17,857 undi manakala Aziz Jamaluddin hanya mendapat 15,885 undi.

Ternyata isu Kampung Bharu ‘jadi duri dalam daging’ kepada BN apabila sebahagian besar majoriti 1,972 undi yang diperolehi Dr Lo Lo datangnya dari empat peti undi babitkan tujuh kampung di Kampung Bharu.

Dalam pilihanraya kali ini, PAS sekali lain memainkan isu sama dengan skrip ‘ Undi BN, Kg Bharu Tergadai’.

Jika 2008, Dr Lo Lo mendendangkan isu tersebut, kali ini Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaimi yang menggantikan Dr Lolo membawa cerita sama dengan harapan PAS dapat mengekalkan kerusi parlimen tersebut.

Mampukah calon BN Datuk Johari Abdul Ghani menyekat calon PAS yang juga penyelelaras parlimen itu yang menggantikan Dr Lo Lo yang meninggal dunia kira-lkira dua tahun lalu?

Johari, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa nampaknya sudah bersedia awal-awal lagi bagi mendepani cabaran itu sebaik sahaja dilantik Pengerusi Penyelaras BN kawasan parlimen itu pada Julai 2010.

Beliau sudah beberapa kali berjumpa dengan penduduk Kampung Bharu menjelaskan tujuan penubuihan Perbadanan Kampung Bharu bagi memudahkan pemilik-pemilik tanah mendapat manfaat daripada projek pembangunan kawasan tersebut.

Menurut Johari penduduk dan pemilik tanah di Kampung Bharu sudah jelas tujuan kerajaan menubuhkan perbadanan itu adalah untuk menolong mereka menguruskan pembangunan kampung berkenaan.

Sebab itu, beliau yakin BN dapat memenangi semula empat peti undi di Kampung Bharu terutama di Kampung Baru Selatan dan Kampung Bharu Tengah yang memberi kemenangan kepada Dr Lo Lo sebelum ini.

Pada 2008, peti undi Kampung Baru Selatan dimenangi PAS dengan majoriti 840 undi manakala Kampung Bharu Tengaah sebanyak 519 undi.

Ada pihak berpendapat jika BN dapat memenangi undi di Kam;pung Bharu bermakna kerusi Parlimen itu akan bertukar kepada BN semula.



Lagipun rekod 2004 membuktikan BN melalui calonnya Datuk Astaman Abdul Aziz menewaskan calon PAS Moh Nor Mohamad dengan majoriti 11,815 undi.

Pada PRU 13, dengan pertambahan pengundi  daripada  49,8000 kepada 55,000 dan ambil kira calon PAS adalah orang luar berbanding Johari anak jati Kampung Pandan dalam Parlimen Tititwangsa, peluang Johari ternyata lebih cerah.

Lagipun, PAS tiada isu lain untuk mempengaruhi pengundi-pengundi selain isu Kampung Bharu.

Isu lain cuma penyebaran video yng sudah diedit memaparkan ucapan Johari pada 2010 kononnya beliau berkata, BN tidak perlu undi kaum Cina dan India.

Johari sendiri sudah meneliti video itu dan mengakui ianya adalah versi yang sudah diedit.

Beliau  kecewa kerana PAS sanggup mengedarkan video itu di masjid dalam tempoh berkempen.

“Nama parti Islam tetapi tindakan tak gambarkan Islam,” itu luahan Johari berhubung tindakan PAS tersebut.

Johari sebenarnya beruntung kerana selepas kematian Dr Lo Lo, ramai penduduk di kawasan parlimen berjumpanya untuk mendapatkan bantuan.

Malah, Pusat Khidmat Masyarakat yang dibuka sejak Julai 2010 menerima lebih 15,000 kunjungan oleh mereka yang datang dengan macam-macam masalah.

Ini mendedahkan kelemahan PAS selepas kematian Dr Lo Lo kerana pemimpin parti tidak turun padang untuk menyelesaikan masalah rakyat.

“Mereka (pemimpin) PAS hanya datang masa berkempen saja, lepas itu tak tunjuk muka,” sindirnya.

Ditanya Agendadaily kemungkinan jika BN memenangi semula Parlimen Titiwangsa akan berlaku kekecohan atau ada pihak tidak bertanggungjawab mencetuskan huru hara atau ‘Arab Spring’, Johari berpendapat, tindakan itu hanya merugikan rakyat dan negara.

“Pembangkang kena ikut macam BN. Dalam PRU 12, kita kalah lima negeri tetapi kita tak cetuskan huru hara. Kita hormati undang-undang serta proses pilihanraya,” katanya.

Katanya, penduduk Kuala Lumpur khususnya dalam Parlimen Titiwangsa tidak mungkin terpengaruh dengan perbuatan khianat serta tidak bertanggungjawab itu.

Berbaki beberapa hari lagi menjelang pengundian Johari berharap pengundi-pengundi di Titiwangsa mengambil contoh kegagalan pembangkang mentadbir beberapa negeri yang dimenangi dan mengecewakan rakyat dengan janji-janji yang tidak ditepati.

“Saya pula berjanji akan memastikan semua akujanji dalam manifesto BN dilaksanakan. Saya ingin pastikan penduduk Titiwangsa dapat keselesaan kerana itu azam saya,” ujar Johari yang berasal dari keluarga susah tetapi berjaya kerana adanya kerajaan BN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana