IRIMM buat laporan polis terhadap Karpal Singh


KUALA LUMPUR: Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) hari ini membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh berhubung kenyataannya mencadangkan supaya Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan Dewan Negara dimansuhkan.

Laporan itu dibuat presiden badan bukan kerajaan itu Amir Amsaa Alla Pitchay di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini hari ini.

"Kenyataan yang dibuat oleh Karpal Singh ini menunjukkan keangkuhan dan cuba merosakkan sistem perlembagaan negara yang diamalkan serta diterima oleh rakyat sejak Dewan Negara diwujudkan selama ini.

"Kenyataan beliau juga seolah-olah mencabar dan merendahkan dengan memperlekehkan martabat Tan Sri Abu Zahar Ujang selaku Yang Dipertua Dewan Negara dan boleh menimbulkan ketegangan di kalangan rakyat negara ini," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak polis menjalankan siasatan segera berhubungan kenyataan itu.

Karpal Singh baru-baru ini mencadangkan agar Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memansuhkan Dewan Negara kerana menurutnya kewujudan institusi itu tidak memberi makna secara menyeluruh serta hanya membazir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana