Ini kali lah...drama 'Anwar Spring' pula...Kemaruk Jadi Perdana Menteri


Tuduhan ini semua memang tidak masuk akal kalau melihat pada ketatnya proses pengundian termasuk periksa nama di daftar pemilih dan calit dakwat kekal.

Siapa tahu mungkin sebilangan Mat Bangla dan Mat Myanmar yang dikatakan disekat di pusat-pusat pengundian adalah wayang yang diatur sendiri oleh puak pembangkang.

Lojiknya bukan susah sangat untuk mengatur mereka pura-pura datang ke pusat-pusat pengundian cuma untuk dirakam gambar mereka konon sebagai bahan bukti.

Siapa yang boleh sahkan mereka datang disuruh oleh BN.

Sikap desperado yang merasa mereka pasti menang telah mendorong pelbagai tindak tanduk lucu.

Ada juga yang pelik kalau betul BN mengatur Mat Bangla pengundi hantu mana mungkin semua pegawai Perdana Menteri yang bertanding tewas.

Mereka ialah Datuk Shahlan Ismail tewas di Pokok Sena,Kedah,Datuk Fatmi Che Salleh di Kota Bharu,Datuk Shafie Abdullah di Wangsa Maju dan Datuk Suffian Awang di Kuantan.

Kalau pejabat Perdana Menteri yang atur sudah tentu para pegawai ini didahulukan.

Juga kenapa BN tidak angkut ramai-ramai Mat Bangla ke Permatang Pauh untuk menangkan Dr Mazlan?

Ini ada petanda jelas tidak ada kong kalilong dalam proses pengundian.

Kalau betul bagai didakwa sudah pasti semua mereka menang.

Ini belum masuk Datuk Ali Rustam yang kalah di Bukit Katil Melaka,Datuk Saifuddin Abdullah di Temerloh dan Datuk Ghani Othman di Gelang Patah dan Datuk Fuad Zakarshi di Batu Pahat.

Juga bagaimana kerusi BN lebih merosot di Selangor.Sepatutnya negeri itu yang menjadi sasaran utama BN hendak rampas balik.

Mereka yang mengenali Anwar ketawa besar melihat segala dramanya.

Siapa boleh lupa bagaimana beliau tembak nak bertanding di Perak kemudian gostan balik ke Permatang Pauh.

Masa kes liwat Saiful Bukhari Azlan lari ke Kedutaan Turki konon ada orang nak bunuhnya.

Bagi meneruskan drama ini,pada Rabu malam ini pakatan akan menganjurkan satu perhimpunan besar-besaran di Stadium Kelana Jaya.

Tujuannya ialah untuk mengajak rakyat menolak keputusan PRU13.

Anwar dijadual berucap di perhimpunan itu.

Apakah ini permulaan 'Anwar Spring' untuk mengajak rakyat turun padang lawan kerajaan di jalanan setelah tewas di gelanggang PRU13?

Jangan hairan jika itu terkandong dalam skrip drama yang sudah disusun.

Bagaimana pula dengan skripnya nak pencen jika kalah PRU13 dan nak jadi pensyarah di luar negara?

Mungkin babak itu ditunda seketika.

Mana mungkin seorang 'Drama King' mahu penamat jalan ceritanya mati begitu saja tanpa satu klimaks.

'Anwar Spring' mungkin lebih mendebarkan

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana