Ini kali lah...drama 'Anwar Spring' pula Dalam Twitternya


Diatas ialah paparan gambar twitter Datuk Seri Anwar Ibrahim ini.Waktunya 9.22 malam Ahad.Ewah...tanpa segan silu beliau isytihar Pakatan Rakyat sudah menang PRU13.

Yang pasti sumber maklumat itu bukan SPR.Kalau tidak jawabnya tentulah 'syok sendiri'.

Hebat sungguh drama Ketua Pembangkang ini boleh main hentam saja umum sendiri satu keputusan besar yang sah-sah tidak betul.

Pada waktu Anwar lepaskan tweet umum kemenangan palsu itu Datuk Seri Najib Tun Razak sedang relaks terus menunggu keputusan rasmi dari SPR sekitar jam 12.50 malam BN dapat 112 kerusi baru memanggil sidang akhbar di PWTC untuk umum BN sudah dapat tubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah.

Beza waktunya ialah sekitar tiga jam awal Anwar main tembak pakatan menang.

Peraturan yang termaktub jelas tertera bahawa keputusan rasmi hanya yang dikeluarkan oleh SPR sahaja.

Pada malam debaran menunggu keputusan itu Anwar dengan geng pakatannya berkumpul di sebuah hotel di Bandar Utama dekat Kuala Lumpur manakala Najib di ibupejabat UMNO di PWTC.

Siapa saja yang berada di PWTC sekitar jam 9 malam keatas tahu bagaimana pada waktu itu keputusan rasmi yang mengalir masuk dari SPR masih bercampur-campur sekalipun BN terus leading jumlah kerusi Parlimen.

Dari waktu itu hingga seterusnya BN terus mengatasi pakatan dari segi jumlah kerusi Parlimen hinggalah ke waktu pengumuman rasmi

Namun sebelum pengumuman rasmi SPR tiada seorang pun pemimpin BN di situ yang berani keluar cakap BN sudah tubuh kerajaan.

Sedangkan pada waktu yang sama berbagai indikasi sudah menunjukkan BN pasti akan menang.

Insiden ini sudah cukup untuk mengambarkan bagaimana Anwar terjinja-kinja hidup dalam khayalan bahawa pakatan gerenti menang.

Ayat yang Anwar guna dalam tweet itu termasuk bagi amaran kepada UMNO dan SPR jangan nak hijack kemenangan pakatan sudah tentu boleh membuatkan penyokong pembangkang di seluruh negara  'kenduri sakan'.

Apa tidaknya bos besar sudah umum.

Sebenarnya siapa yang hijack keputusan dan siapa yang sasau?

Mereka yang berada di sidang akhbar Anwar pada jam 12.30 malam yakni 20 minit sebelum Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan BN telah memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan persekutuan dapat melihat wajahnya yang berkerut habis.

Suaranya bernada longlai.

Mungkin untuk elak malu maka bermulalah dramanya main tuduh kemenangan BN dicapai atas penipuan.

Maka hadirin dihidangkan dengan tayangan di skrin gambar dan rakaman video kononnya ada Mat Bangla dan Mat Myanmar ditahan di pusat-pusat pengundian.

Ini semua adalah lanjutan dari gempak pakatan beberapa hari sebelum pilihanraya kononnya berpuluh penerbangan masuk ke semenanjung angkut pengundi hantu dari Sabah dan Sarawak.

Manakala di pintu masuk sempadan di Bukit Kayu Hitam dan Pelabuhan Klang ramai orang Bangla dan Indonesia dibawa menyusup masuk untuk jadi pengundi hantu.

Tuduhan ini semua memang tidak masuk akal kalau melihat pada ketatnya proses pengundian termasuk periksa nama di daftar pemilih dan calit dakwat kekal.

Siapa tahu mungkin sebilangan Mat Bangla dan Mat Myanmar yang dikatakan disekat di pusat-pusat pengundian adalah wayang yang diatur sendiri oleh puak pembangkang.

Lojiknya bukan susah sangat untuk mengatur mereka pura-pura datang ke pusat-pusat pengundian cuma untuk dirakam gambar mereka konon sebagai bahan bukti.

Siapa yang boleh sahkan mereka datang disuruh oleh BN.

Sikap desperado yang merasa mereka pasti menang telah mendorong pelbagai tindak tanduk lucu.

Ada juga yang pelik kalau betul BN mengatur Mat Bangla pengundi hantu mana mungkin semua pegawai Perdana Menteri yang bertanding tewas.

Mereka ialah Datuk Shahlan Ismail tewas di Pokok Sena,Kedah,Datuk Fatmi Che Salleh di Kota Bharu,Datuk Shafie Abdullah di Wangsa Maju dan Datuk Suffian Awang di Kuantan.

Kalau pejabat Perdana Menteri yang atur sudah tentu para pegawai ini didahulukan.

Juga kenapa BN tidak angkut ramai-ramai Mat Bangla ke Permatang Pauh untuk menangkan Dr Mazlan?

Ini ada petanda jelas tidak ada kong kalilong dalam proses pengundian.

Kalau betul bagai didakwa sudah pasti semua mereka menang.

Ini belum masuk Datuk Ali Rustam yang kalah di Bukit Katil Melaka,Datuk Saifuddin Abdullah di Temerloh dan Datuk Ghani Othman di Gelang Patah dan Datuk Fuad Zakarshi di Batu Pahat.

Juga bagaimana kerusi BN lebih merosot di Selangor.Sepatutnya negeri itu yang menjadi sasaran utama BN hendak rampas balik.

Mereka yang mengenali Anwar ketawa besar melihat segala dramanya.

Siapa boleh lupa bagaimana beliau tembak nak bertanding di Perak kemudian gostan balik ke Permatang Pauh.

Masa kes liwat Saiful Bukhari Azlan lari ke Kedutaan Turki konon ada orang nak bunuhnya.

Bagi meneruskan drama ini,pada Rabu malam ini pakatan akan menganjurkan satu perhimpunan besar-besaran di Stadium Kelana Jaya.

Tujuannya ialah untuk mengajak rakyat menolak keputusan PRU13.

Anwar dijadual berucap di perhimpunan itu.

Apakah ini permulaan 'Anwar Spring' untuk mengajak rakyat turun padang lawan kerajaan di jalanan setelah tewas di gelanggang PRU13?

Jangan hairan jika itu terkandong dalam skrip drama yang sudah disusun.

Bagaimana pula dengan skripnya nak pencen jika kalah PRU13 dan nak jadi pensyarah di luar negara?

Mungkin babak itu ditunda seketika.

Mana mungkin seorang 'Drama King' mahu penamat jalan ceritanya mati begitu saja tanpa satu klimaks.

'Anwar Spring' mungkin lebih mendebarkan

Comments

Unknown said…
anwar ni giler... dlm page fb anjing2 pembangkang kemain menulis sesedap rasa... banyak fitnah dan tidak boleh dipercayai... aku membezakan page fb macai2 pr dengan kenyataan dari SPR.. segalanya yang ada di page macai2. adalah tipu dan fitnah.... last2 aku off fb... tengok tv sampai pagi... itu yang paling tepat. memang betul saranan dari KPN.. jangan mudah percaya apa sja maklumat di laman sosial atau blogger.......
Unknown said…
ANWAR patut diajarnya..apa kah daya orang cina sudah menyokongnya..sedihnya

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana