Ingatan Polis Kepada Yang Ingin Sertai Perhimpunan...ANWAR Sudah Meroyan...Terimalah Kenyataan Dengan Kekalahannya Itu


1. Pagi ini bertempat di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Ketua Polis Selangor, Dato’ Haji Tun Hisan bin Dato’ Haji Tun Hamzah mengulas tentang cubaan Pakatan Rakyat untuk mengadakan Perhimpunan ‘Suara Rakyat Suara Keramat’ yang dijadualkan berlangsung pada 08.05.2013 Rabu ini di Stadium Kelana Jaya, Selangor.

2. Ketua Polis Selangor juga menegaskan sekiranya perhimpunan tersebut mempunyai kecenderungan untuk melakukan hasutan, pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan dibawah Seksyen 3 (1) Akta Hasutan kepada penganjur dan seksyen 4 (1) Akta Hasutan terhadap penceramah.

3. Pihak polis juga tidak menghalang mana-mana pihak untuk membuat atau menganjurkan sesuatu perhimpunan, tetapi perlulah mengikut syarat-syarat yang telah digariskan dalam Undang-Undang Negara dan Ketua Polis Selangor menasihatkan agar orang awam tidak menghadiri perhimpunan tersebut memandangkan perhimpunan tidak melalui proses-proses yang telah diperuntukkan oleh Akta perhimpunan Aman (APA).

4. Tambahnya lagi, sehingga hari ini, pihak Polis Selangor masih belum terima sebarang permohonan notis daripada pihak penganjur. Mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012, penganjur yang ingin mengadakan perhimpunan harus memaklumkan kepada pihak polis dalam tempoh 10 hari sebelum sebarang perhimpunan diadakan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana