Ikhwanul Muslimin 'guna' Dr Mahathir sebagai model kebangkitan Islam...



Kepimpinan dan pemikiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini ditagih oleh pergerakan Islam terbesar di dunia Ikhwanul Muslimin untuk membantu menstabilkan Mesir, negara yang dikuasai oleh kumpulan tersebut.

Dr Mahathir diminta berucap dalam satu persidangan yang menghimpunkan berbagai golongan pembuat dasar di Mesir dan mendapat liputan luar biasa media dari seluruh negara Arab.

Ikhwanul Muslimin merupakan pergerakan Islam yang menjadi tenaga utama menumbangkan rejim Hosni Mubarak dan memenangi pilihanraya umum Mesir selepas itu.

Mereka menubuhkan satu parti politik yang dinamakan Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) yang diketuai oleh Presiden Mesir kini Mohamed Mosri.

Namun selepas dua tahun menerajui Mesir, keadaan di negeri yang mempunyai 80 juta penduduk itu masih belum stabil samada dari segi ekonomi dan politik.

Berikutan itu, Ikhwanul Muslimin menjemput tokoh-tokoh Islam utama dunia memberikan pandangan mereka, apa lagi nak buat supaya Mesir stabil dan maju.

Pada Ahad, Dr Mahathir yang cukup dikenali di dunia Islam sebagai peneraju pembangunan negara Islam yang sederhana dan maju selepas 22 tahun mentadbir Malaysia dijemput berucap dalam satu majlis yang dihadiri oleh rata-ratanya pembuat dasar, ahli perniagaan dan politik Mesir.


Katanya, Malaysia merupakan negara Islam pertama berjaya muncul sebagai negara maju dengan menggunakan pendekatan moden tanpa mengubah kebudayaan penduduknya.

“Malaysia merupakan negara Islam pertama berjaya muncul menjadi sebuah negara maju daripada sebuah negara yang mundur.

“Kami (rakyat Mesir) boleh mencontohi beberapa aspek yang diguna pakai oleh Malaysia untuk mencapai tahap tersebut," jelasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana