Husam berani sumpah depan kanak-kanak, tak berani jalani ujian poligraf
Ahad lalu, blogger Kickdafella pada satu sidang media telah cabar Datuk Husam Musa untuk jalani ujian poligraf bersamanya untuk buktikan siapa yang berbohong dalam beberapa isu yang berkait dengan Naib Presiden PAS itu.
Maka pada Khamis, Kickdafella bersama sekumpulan wartawan menunggu di Kelab Tasik Putrajaya, tetapi Husam langsung tak muncul untuk menyahut cabaran itu. Kickdafella sudah siap bawa seorang pakar poligraf.
Setelah sejam menunggu Husam tak muncul, Kickdafella atau nama sebenarnya, Syed Azidi Syed Abdul Aziz meneruskan sidang media yang turut dihadiri oleh Nik Mahani Mohamad, bekas Pengarah Urusan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd Nik Mahani Mohamed yang terlibat dalam perniagaan Dinar Emas.
Pada Ahad lalu, selain mencabar Husam menjalani ujian poligraf, Kickdafella juga cabar Husa, buat laporan polis mengenai isi kandungan "Kenali Husam: Politik Wang dan Kronisme" yang katanya memang benar.
"Saya hadir hari ini untuk menemani Husam menjalani ujian poligraf untuk menentukan siapa yang berbohong dalam isu yang saya timbulkan Ahad lalu.
“Saya difahamkan semasa saya membuat sidang media pada Ahad lalu, Husam telah bersumpah di program karnival kanak-kanak. Nak sumpah tak payahlah depan kanak-kanak. Nak sumpah biarlah depan orang dewasa atau media.
“Ujian poligraf ini adalah ujian saintifik yang digunapakai di peringkat antarbangsa dan diguna sebagai salah satu bukti yang dibawa ke mahkamah. Inilah platform Husam untuk melenyapkan sebarang kecurigaan rakyat terhadapnya.
“Memang betul lah Husam ini amalkan politik kura-kura. Dia akan menyembunyikan kepalanya bila ada masalah” katanya.

Comments