Husam... apa dah jadi...?


Kisah gugurnya Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dari sebarang jawatan dalam kerajaan negeri Kelantan menjadi topik panas dikalangan orang-orang PAS. Lebih panas dari kekalahannya kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Parlimen Putrajaya pada Ahad.

Ini kerana kedudukan Husam sebagai orang nombor tiga PAS selain seniority dalam pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini juga dalam PAS negeri.

Husam adalah Exco Kanan dalam kerajaan negeri selain Timbalan Pesuruhjaya dua PAS Kelantan, timbalan satu, adalah Datuk Ahmad Yaakob yang semalam angkat sumpah jadi Menteri Besar ganti Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Ahmad Yaakob adalah Timbalan Menteri Besar sebelum ini kemudiannya menamakan Datuk Nik Amar Nik Abdullah sebagai pengantinya untuk jawatan Timbalan Menteri Besar.

Cakap-cakap dikalangan orang PAS, tersingkirnya Husam berikutan power struggle dikalangan warload-warload PAS negeri itu.

Agendadaily sebelum ini melaporkan sebab utama Husam bertanding di Putrajaya pada PRU13 adalah hendak mengelak diri dari 'keserabutan' politik Kelantan berikutan ura-ura Nik Aziz hendak berundur.

Dari cakap-cakap sebelum ini, Husam tidak ngam dengan Nik Amar, orang yang dari segi seniority satu takuk dibawah Husam.

Husam sendiri berada di Putrajaya ketika majlis angkat sumpah MB baru Kelantan petang Isnin.

Ikut maklumat twitternya, Husam ketika itu bersama jentera PAS bergotong-royong cabut bendera pada masa yang sama majlis angkat sumpah tersebut diadakan.

Beliau sendiri tidak memberikan sebarang ulasan samadi twitter atau facebooknya mengenai 'takdir' yang dihadapnya.

Hanya ucapan penghargaan kepada Nik Aziz yang menurut Husam disayanginya seperti anak kasihkan bapak.

Nik Aziz pula ketika ditanya wartawan enggan mengulas mengenai punca gugurnya Husam, bekas setiausaha akhbar, setiausaha politik dan dikatakan anak didik beliau untuk ambil alih jawatan MB.

Cuma pada petang Selasa, selepas desakan penyokong Husam, yang mengadakan bantahan depan rumah MB Kelantan yang baru, Ahmad Yaakob, barulah diketahui puncanya, menurut Ahmad, Husam tidak mendapat 'restu' Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Menjelaskan lebih lanjut, kata Ahmad, nama Husam telah diletakkan di tempat paling atas antara barisan pimpinan yang dipilihnya, namun telah ditolak oleh baginda menyebabkan beliau terpaksa mencari pengganti lain untuk memastikan proses angkat sumpah dapat dijalankan.

Katanya, selain Husam nama ADUN Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman juga ada dimasukkan dalam senarai tersebut, namun turut tidak mendapat persetujuan baginda.

"Nama Husam atas sekali, yang keduanya Exco lain termasuk juga Datuk Amar (Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah) dan termasuk juga Ustaz Latiff (Abdul Latiff) ini nama kita kemukakan untuk mendapat kebenaran atau pun keizinan Tuanku bagi pelantikan sebagai Exco.

"Apabila diangkat, tuanku tak naik (tolak) nama Husam dengan Ustaz Latiff, turun (senarai nama dikembalikan) supaya proses semula tanpanya, ini yang memberatkan ambo (saya), bagaimanapun mengingatkan kalau tidak ikut tidak boleh angkat sumpah, jadi angkatlah ambo sebagaimana yang dipersetujui, masa itu sudah dekat pukul 4 petang," katanya.

Ahmad berkata demikian ketika memberi penjelasan kepada Timbalan Pengarah II Majlis Tindakan DUN PAS Salor, Mohd. Nuri Mat Yaacob yang hadir ke rumah beliau bersama kira-kira 150 yang lain untuk menyerahkan memorandum sebagai bantahan dan meminta penjelasan daripada Ahmad mengenai penyingkiran nama Husam itu.

Mohd. Nuri dalam satu sidang akhbar menyatakan penyingkiran itu dibantah oleh masyarakat di Salor kerana berpendapat Husam layak untuk terus menjadi Exco kerajaan berdasarkan kepada pengalaman dan kedudukannya sebagai Naib Presiden PAS.

Jika benar Husam tersingkir kerana tidak mendapat restu Sultan Kelantan, mesti ramai yang hendak tahu, apa kes Husam sampai Sultan tak restu, Husam sendiri perlu beri pencerahan mengenai letak duduk sebenar keadaan ini.

Benarkah beliau tidak mendapat restu Sultan, atau ada tangan-tangan ghaib dalam PAS Kelantan mahu menamatkan karier politiknya di negeri tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana