Himpunan: Zahid dedah pertemuan sulit dengan pemimpin pembangkang

Ini jelas membuktikan cakap bos-bos pembangkang tidak boleh pakai.Mereka kini terus memekak konon kerajaan tidak demokratik menepati janji benarkan perhimpunan aman.

Keadaan digambarkan seolah kerajaan kini kejam dan zalim bertindak menangkap untuk menakutkan mereka mengadakan perhimpunan.

Maka Datuk Seri Anwar Ibrahim pun berkokok kata mereka tidak takut berdepan dengan tindakan kerajaan.

Rupanya ada cerita disebalik semua lakonan ini.

Jumaat malam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan beliau telahpun mengadakan pertemuan sulit untuk berbincang dengan beberapa pemimpin pembangkang dimana mereka mencapai persetujuan perhimpunan diadakan secara aman

Bagaimanapun, menurut Ahmad Zahid pemimpin pembangkang berkenaan "menyanyikan lagu yang berlainan" apabila bersama dengan penyokong mereka.

"Saya meraikan perbezaan pendapat dan bersetuju untuk berbincang dengan mereka. Mereka pun bersetuju untuk mengadakan perhimpunan secara aman dengan memberi notis 10 hari, perhimpunan sepatutnya diadakan di tempat tertutup dan perhimpunan tidak menimbulkan provokasi," katanya kepada wartawan selepas menjadi tetamu program Hello Malaysia terbitan Bernama TV, di Wisma Bernama di Kuala Lumpur Jumaat malam.

Persetujuan itu katanya dicapai bagi mengelakkan timbul masalah yang tidak diingini.

Bagaimanapun, Zahid enggan mendedahkan nama pemimpin pembangkang terbabit kerana menghormati kerahsiaan perjumpaan itu.

Sementara itu semasa temubual dalam program Hello Malaysia itu Zahid berkata beliau  yakin polis mampu menangani serta mengawal perhimpunan yang ditunjangi pembangkang di Petaling Jaya Sabtu secara bijaksana dan berhemah.

Beliau berkata perhimpunan 'suara rakyat 505' itu ternyata sama sekali tidak memenuhi syarat Akta Perhimpunan Aman 2012 apabila tiada sebarang notis pemberitahuan diserah kepada polis serta ia dilakukan di tempat terbuka.

"Saya melihat perhimpunan itu sebagai satu tindakan provokasi yang cuba dicetuskan bagi mencabar kewibawaan polis, jadi saya menyerahkan sepenuhnya kepada Ketua Polis Negara dengan segala peruntukan akta yang ada bagi menangani perhimpunan tersebut dengan cara yang terbaik," katanya.

Zahid turut mengingatkan peserta perhimpunan agar tidak menimbulkan kekacauan serta provokasi yang boleh menggugat ketenteraman awam.

"Saya harap tidak berlaku sebarang provokasi sama ada daripada peserta perhimpunan mahupun pihak polis sendiri... jangan mencabar serta menghina pihak berkuasa, kita harus faham tugas masing-masing, jangan perlekehkan pihak polis," katanya.

Dalam pada itu,Zahid menolak tanggapan tindakan polis dan agensi di bawah kementerian berkenaan menggambarkan ketegasan beliau sebagai Menteri Dalam Negeri yang baharu.

Tanggapan itu timbul ekoran penahanan tiga aktivis pembangkang di bawah Akta Hasutan dan rampasan akhbar serta majalah pembangkang yang melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan oleh agensi di bawah kementerian berkenaan baru-baru ini.

Beliau berkata tindakan tegas pihaknya adalah bagi menguatkuasakan undang-undang sedia ada.

"Saya menyerahkan kepada pihak profesional untuk melakukan tindakan itu berdasarkan peruntukan undang-undang yang harus dikuatkasakan oleh mereka sendiri dan tidak ada campur tangan daripada saya selaku Menteri Dalam Negeri," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana