Himpunan Rakyat 505 Akan Diteruskan Di Empat Negeri...Kurang Ajar Namanya

PETALING JAYA: Siri Himpunan Rakyat 505 bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan diteruskan di beberapa buah negeri di seluruh negara bermula 10 hingga 14 Jun hadapan.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Johari Abdul berkata Himpunan Rakyat 505 tersebut merupakan lambang kesedaran politik rakyat yang mewakili suara majoriti 51 peratus rakyat menyokong reformasi dan perubahan di negara ini.

Ia akan bermula di Perlis pada 10 Jun, diikuti Sungai Petani, Kedah (11 Jun), Kota Baharu, Kelantan (12 Jun) dan di Batu Pahat, Johor (14 Jun).

Johari dalam sidang media di sini pada Rabu berkata, himpunan tersebut juga akan diadakan di Sabah dan Sarawak pada satu tarikh yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkata himpunan berkenaan menuntut tiga perkara asas reformasi pilihan raya dipatuhi.

"Kita menuntut agar semua anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusinya meletakkan jawatan terhadap kegagalan mereka memastikan PRU-13 berjalan lancar dengan telus, cekap tanpa keraguan dan memenuhi janji mereka kepada rakyat seperti tuntutan Bersih.

"Kita mahu satu pasukan anggota SPR yang baru dilantik dan dipersetujui secara bersama dengan Pakatan Rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili rakyat untuk merangka reformasi SPR yang lebih menyeluruh untuk dibentangkan dan dipersetujui di Parlimen kelak," katanya.

Comments

Unknown said…
anwar ni pencetus huru hara sejak muda. eloklah diambil tindakan tegas. banteras penjenayah jalan raya ni.
Anonymous said…
Nama perhimpunan haram tp kenapa x halang2. Puak pr jdgn terpedy Malaysia x pernah amal undi populur dlm pilihanraya..
Unknown said…
DSAI "Master of Deception". Masih tidak dapat menerima kekalahan PRU13, maka tiada jalan lain cuba mempermainkan perception rakyat supaya rakyat ditipu dan terus tertipu dgn dakyahnya. Tindakan DSAI dgn perhimpunan Blackout 505 hendaklah diberhenti oleh pihak PDRM.
Unknown said…
memang ANWAR dasar suka menyusahkan rakyat dan kerja nak menipu jer

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana