Hello Anwar...ini bunyi macam orang nak kalah


Kalau layan gempak pembangkang, nampak macam mereka sudah menang walapun hari mengundi pada Ahad ini.

Setiap hari pemimpin pembangkang sama ada PKR, DAP dan PAS cakap mereka dah dekat nak sampai Putrajaya.

Tiga hari lalu, Lim Kit Siang meramalkan Perlis dan Negeri Sembilan adalah dalam jangkauan pembAngkang dalam pilihan raya umum ke-13, sekaligus meningkatkan bilangan kerajaan negeri ditawan mereka daripada lima pada 2008 kepada tujuh pada 2013.

Kit Siang yang ‘lari’ dari Ipoh Timur dan bertanding di Gelang Patah menyatakan pembangkang boleh mengekalkan kuasanya di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, dan menawan semula Perak.

Dengan kemampuan untuk menawan Perlis dan Negeri Sembilan, maka beliau mendakwa harapan Pakatan untuk menawan Putrajaya adalah cerah.

Pada Khamis, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa pukul ‘canang’ kata partinya dapat 53 kerusi Parlimen berbanding 23 dimenangi pada 2008.

PAS bertanding 72 kerusi Parlimen dalam PRU 13.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pula punyalah yakin kata pembangkang dapat kejayaan 100 peratus di Selangor bermakna mereka menang semua 22 parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Pendek kata kalau cakap-cakap dan gempak pembangkang diambil kira, maknanya mereka sudah menang BESAR...jadi tak perlulah nak takut lagi berdepan keputusan PRU 13, Ahad ini.

Cuma yang jadi misteri dan tanda tanya, kalau dah yakin sangat boleh menang kenapa pembangkang kalut dan bikin macam-macam cerita yang boleh kira tak masuk akal.

Apa guna mereka reka itu ini jika Putrajaya sudah dalam tangan macam Datuk Seri Anwar Ibrahim gempak pasal ada kira-kira 40,500 pengundi Sabah dan Sarawak diterbangkan khas ke Semenanjung menjelang hari pengundian.

Anwar dalam sidang media dakwa ada bukti dan gambar kononnya ada penerbangan khas sejak 25 April bawa rakyat dua negeri itu dengan purata 4,500 orang sehari.

Malangnya, bila diminta bukti Ketua Pembangkang itu kata ada jadual penerbangan MAS dan Airasia serta nama penumpang-penumpang  daripada Kuching, Miri, Sibu, Sandakan dan Kota Kinabalu, Anwar turut tuduh  pesawat Tentera Udara juga terbabit dalam projek‘menerbangkan’ pengundi ke semenanjung.

Untuk tunjuk dakwaan itu betul, beliau dakwa gerakan itu babitkan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Angkatan Tentera Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana