Hari Wesak: PM seru rakyat bergerak seiringan

KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Wesak pada Jumaat, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat tanpa mengira kaum atau etnik agar bergerak sekumpulan.

Beliau berkata Malaysia sedang membangun secara pasti menuju Wawasan 2020, dan menegaskan ini boleh dicapai hanya jika rakyat dapat bersatu pada waktu aman dan sukar.

"Akan timbul banyak halangan untuk kita atasi dalam beberapa tahun akan datang, tetapi saya yakin kita sebagai sebuah negara boleh melakukannya," kata beliau dalam perutusan Hari Wesak yang dimuat naik dalam blognya www.1malaysia.com pada Khamis.

Perdana Menteri melahirkan harapan agar rakyat mengetepikan perbezaan pandangan di semua peringkat masyarakat.

"Apa yang ingin saya doakan untuk negara kita, ialah setiap orang mengetepikan perbezaan mereka demi kebaikan yang lebih besar. Jiran melayani satu sama lain dengan ehsan, suami isteri dengan kasih sayang dan anak-anak dengan rasa kasih.

"Anak-anak tahu menghormati dan ibu bapa mendidik. Dan tentunya untuk rakyat mencapai kemakmuran di bawah kerajaan ini, dan ahli-ahli politik memberi khidmat sebaik dan sedaya mungkin.

"Diucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua rakyat Malaysia penganut Buddha," kata Najib.

Mengenai perayaan itu pada Jumaat, beliau percaya wujud kegembiraan, keamanan dan kemaafan yang melimpah ketika rakyat memohon rahmat untuk diri mereka dan untuk orang yang mereka sayangi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana