Hanya PKR tidak boleh terima kenyataan PRU13


SHAH ALAM : Hanya PKR dilihat terus mencanang dakwaan 'kecurangan' keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), dikala dua rakan kompenannya mengambil jalan selamat serta menerima hakikat bahawa rakyat memilih untuk memberikan mandat kepada Umno Barisan Nasional (BN) bagi menerajui negara, kata penganalisis politik, Datuk Dr Firdaus Abdullah.

"Yang sedihnya sekarang, hanya nampak sekarang PKR dan Anwar (Ketua Umum PKR) sahaja yang beria-ia melaung kesana-sini tentang itu (kekalahan). Sedangkan nampak dari jauh PAS seakan-akan boleh terima kenyataan. Sedangkan DAP dia taknak bermain api, tapi dia minta Anwar main api," katanya kepada Antarapos.

Dr Firdaus juga tidak menolak DAP sedang mengatur strategi politik yang menguntungkan parti dominasi Cina itu dan secara licik mempergunakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang semakin agresif membangkitkan sentimen kemarahan dikalangan penyokong pembangkang terhadap pemerintah.

"Jadi saya nampak DAP main selamat. Dia (DAP) oklah, kau nak buat kacau, buat kacaulah. Kita akan sokong kekacauan kamu. Tapi (seolah) tak terlibat," katanya lagi.

Pakatan Rakyat selepas tewas dalam PRU13 awal Mei lalu mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus sehingga menyebabkan kekalahan mereka.

Sebaliknya mereka bertegas, kemenangan sepatutnya milik Pakatan Rakyat berikutan undi popular menyebelahi gagasan itu.

Bagaimanapun, pemimpin Pakatan Rakyat tidak pula menjelaskan perlembagaan negara hanya mengambil kira jumlah kerusi yang dimenangi untuk menentukan parti manakah yang layak menubuhkan kerajaan persekutuan dan bukannya bergantung kepada undi popular.

Pakatan Rakyat kemudiannya menganjurkan beberapa siri himpunan kononnya bagi menunjukkan bertapa rakyat tidak mengiktiraf keputusan PRU13 itu.

Anwar sendiri menyeru penyokong pembangkang keluar beramai-ramai dan menyatakan bantahan terhadap keputusan PRU13.

Bagaimanapun, dikala Anwar bersenang hati melihat sokongan penyokong terhadap 'pejuangannya' mahu menakluk Putrajaya, beliau dibidas orang kanannya sendir, Azmin Ali.

Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, 'rakyat sudah letih dengan politik melampau' melalui laman sosialnya, Twitter.

Azmin dan beberapa pemimpin PKR dilihat tidak menghadiri himpunan kemarahan rakyat yang diadakan di Kelana Jaya baru-baru ini.

Dr Firdaus yang juga bekas Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Malaya (UM) mengulas kekecewaan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla terhadap Anwar yang enggan menerima kekalahan dalam PRU13 itu.

"(Ini) imej buruk dia (Anwar) yang terdedah yang cuba nak mengacau-bilaukan negara yang sedang aman. Mudah-mudahan dia (Anwar) segera insaf, bila ada teguran daripada orang-orang luar negara dan rakan dia dari Indonesia semoga dia akan insdaf sendiri."

"Dan saya harap supaya kawan-kawan dia di Indonesia jangan termakan cakap-cakap dia lagi dan terpedaya dengan macam-macam tipu helah dia (Anwar)," katanya lagi.

Kekecewaan Jusuf dinyatakan kepada bekas Menteri Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Hamid Awaludin selain berkata Anwar pernah berjanji akan mengawal pakatan pembangkang, khususnya penyokong mereka sekiranya tewas kepada BN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana