Gempak...ge​mpak dan gempak lagi


Satu perkara yang kita kena angkat topi dengan Nurul Izzah ini adalah kebolehan beliau meniru gaya politik ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu mencipta drama suspen dari benda yang tidak ada-apa.Contoh keupayaan Nurul Izzah boleh dilihat dari peristiwa pengundian awal melibatkan anggota pasukan keselamatan pada 30 April lalu.Untuk elak putar belit...isu ini memaksa orang yang didakwa Nurul Izzah anggota tentera yang mendedahkan kejadian tersebut tampil menceritakan apa yang sebenarnya berlaku.

Mangsa yang dimaksudkan adalah Mejar Aszmee meluahkan rasa dukacita dan rasa dipergunakan serta diambil kesempatan terhadap politik kotor oleh Nurul Izzah.Jalan ceritanya mudah saja, Nurul Izzah dan rombongannya siap dengan kamera tunggu di Taman Koperasi Polis, Gombak, ternampak satu pasangan suami isteri yang kebetulan lelaki pakai baju tentera.Nurul Izzah tahan dan mohon hendak bercakap dengan mangsa, kemudian Nurul Izzah minta hendak tengok jari yang ditanda dakwat kekal itu.

Nurul Izzah kemudian cuba hendak padamkan dakwat tersebut.Anggota tentera tersebut depan kamera segala macam hulur jari, beliau duduk saja atas kereta, apabila tangannya dicuci menggunakan dua jenis cecair.Dakwat tersebut luntur, bukannya 'hilang'. Tapi Nurul Izzah ambil gambar dan jaja cerita 'dakwat kekal, tidak kekal'.Tak cukup suspen, beliau sendiri pergi balai polis buat report kononnya jumpa kes ada dakwat kekal yang hilang.Jentera-jentera Nurul Izzah yang siap dengan kemera tadi mula melakukan aksi mereka, gambar disebarkan besar-besaran dalam media sosial.
dakwat-kekal
 Ayat pertama: Dakwat kekal tidak kekal... Ayat kedua: Tentera sahkan sendiri depan Nurul Izzah.
 Ayat ketiga: Mereka kini dalam perjalanan ke balai polis.Semua penyokong mereka macam robot sebarkan sensasi terbaru. Yes, dakwat kekal tidak kekal. Berbakul-bakul SPR kena maki, tidak ada siapapun hendak periksa kesahihannya.Gambar-gambar lain mula disebarkan. Demi hendak menunjukkan kepada 'dunia' bahawa 'dakwat kekal, tidak kekal'.Apa yang penting adalah 'mengolah persetujuan masyarakat' bahawa SPR menipu dalam PRU ini

Stage pertama wayang pembangkang mula dipentaskan.Minda penyokong sudah diset untuk percaya sahaja apa yang ada.  Hatta gambar yang terang-terang nampak dakwat tersebut hanya luntur bukan hilang pun disebut 'dakwat kekal' tidak kekal'.Semua kata tak nampak, atau buat-buat tak nampak.SPR sendiri menjelaskan mungkin punca luntur itu adalah kerana petugas tidak goncang botol dakwat kekal itu.
Tapi penyokong pembangkang sudah tidak percaya.Sebab itu jangan terkejut menjelang hari-hari akhir kempen dan hari pengundian, macam-macam lagi helah dan tipu muslihat pembangkang ini.

Jangan lupa peristiwa Pilihanraya Negeri Sarawak ketika Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sejak jam 11 pagi pada hari pengundian sibuk sebar twitter dan facebook, data-data kononnya mereka sudah menang.
Tujuan dibuat itu adalah kerana mahu mempengaruhi trend pengundian, kononnya BN sudah tumbang di Sarawak, sedangkan pusat pengundian masih dibuka sehingga lewat petang.Cuma satu saja kelemahan drama jenis yang dipentaskan pembangkang ini, ianya tidak bertahan lama, sekejap satu sudah kantoi.

Macam kes dakwat kekal, petang kejadian, lepas kecoh-kecoh, ramai yang mula upload gambar dan video bagi membuktikan bahawa mereka pun cuci juga, tapi dakwat masih kelihatan. Walaupun warnanya agak pudar.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana