Exco Selangor: Azmin dan Dr Rani gigit jari lagi?

Siapa Exco kerajaan Selangor dijangka diketahui Khamis selepas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengesahkan majlis angkat sumpah jawatan itu di Istana Alam Shah, Klang pada hari berkenaan.

Namun, sudah ada desas desus siapa disenaraikan dalam barisan exco kerajaan di negeri yang masuk penggal ke dua ditadbir pakatan rakyat.

Khabarnya nama Pengerusi PKR negeri PKR Azmin Ali juga timbalan Presiden PKR tiada dalam senarai tersebut.

Jika benar, sekali lagi Adun Bukit Antarabangsa itu gigit jari atau berputih mata.

Sebelum ini, beliau 'melepas' jawatan Menteri Besar apabila pimpinan DAP, PAS dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sepakat mahukan Khalid kekal sebagai Menteri Besar.

Azmin yang pada mulanya memprotes tindakan Wan Azizah mengemukakan nama Khalid kepada pihak Istana tanpa merujuk majlis pimpinan PKR Selangor akhirnya terpaksa juga akur dan menerima Khalid.

Tidak tahu apalah ‘deal’ antara Azmin, Datuk Seri Anwar Ibrahim,Khalid dan Wan Azizah membuatkan Azmin mengalah tetapi ramai penyokong-penyokong ahli Parlimen Gombak itu berharap Azmin dilantik dalam barisan Exco.

Selain Azmin, nama Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman juga dikatakan tiada dalam senarai yang akan angkat sumpah di depan Sultan Selangor Sultan Sharafudin Idris Shah nanti.

Nasib Dr Rani tidak jauh beza dengan Azmin.

Sebelum ini, beliau khabarnya sudah ‘tempah kot’ kononnya untuk menggantikan jawatan Exco Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat daripada PAS.

Sebaliknya, Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi.

Jika benar nama Adun Meru itu ‘tidak lekat’ lagi kali ini, bermakna sekali lagi Dr Rani gigit jari.

Agendadaily pernah melaporkan kemungkinan Azmin dan Dr Rani tidak mungkin tersenarai mengisi jawatan Menteri Besar ketika kemelut menentukan siapa lebih layak menerajui pimpinan Selangor kerana keupayaan PAS memperolehi lebih kerusi Dewan Undangan Negeri dalam PRU 13 berbanding PKR.

Alasannya kerana Azmin terpalit isu moral apabila ada pihak mendakwa gambar lelaki ‘makan ais krim’ dalam tandas adalah beliau.

Selain itu, Azmin juga berdepan isu yang mengaitkan hubungan isterinya Samsidar Taharin dengan Anwar serta pemilikan saham bernilai berjuta-juta ringgit.

Dr Rani pula ‘sangkut’ kerana kenyataan beliau mengaitkan Sultan Selangor kononnya baginda dikatakan membenci UMNO.

Tindakan ADUN Meru memanipulasi kenyataan baginda dikecam banyak pihak apatah lagi Dr Rani dalam pada itu menuduh secara rambang bahawa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS)  dan SUK sebagai tali barut UMNO.

Apakah dengan buat kenyataan itu Dr Rani lupa bahawa MAIS dan JAIS adalah di bawah kuasa Sultan sebagai ketua agama negeri?

Itulah harga yang terpaksa dibayar Azmin dan Dr Rani jika nama mereka tiada dalam senarai Exco nanti.

Khalid tentu ada sebab tertentu tidak menerima Azmin dalam pentadbiran kerajaan negeri yang diketuainya.

Tidak tahulah sama ada beliau seorang pendendam ekoran perseteruan mereka selama ini kerana bukan sahaja Azmin tetapi beberapa pemimpin yang rapat dengan Azmin juga tidak terpilih sebagai Exco.

Antaranya  Nik Nazmi Nik Ahmad (ADUN Seri Setia), Mat Shuhaimi Shafiei (ADUN Sri Muda) dan Amirudin Shari (ADUN Batu Caves).

Menurut sumber, barisan Exco mewakili PKR adalah dua muka lama iaitu Elizabeth Wong (Adun Bukit Lanjan) dan Rodziah Ismail (Adun Batu Tiga).

Muka baru adalah Adun Ijok Dr Idris Ahmad.

Exco lama dikatakan gugur adalah Yaakob Sapari (Adun Kota Anggerik) dan Xavier Jayakumar (Adun Seri Andalas).

PAS pula yang dapat penambahan satu lagi kuota Exco dijangka mengekalkan Dr Halimah Ali ( Adun Selat Klang), Ir. Iskandar Samad ( Adun Cempaka) dan Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang),

Muka baru sama ada Sallehen Mukhyi ( Adun Sabak) atau Mohd Khairuddin Othman (Adun Paya Jaras).

Manakala DAP memilih Datuk Teng Chang Khim (Adun Sungai Pinang), Ganabatirau Veraman (Adun Kota Alam Shah.

Chang Khim sebelum ini adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor.

DAP hanya mengekalkan Ean Yong Hian Wah ( Adun Sri Kembangan) sebagai Exco.

Penggal lalu Teressa Kok dan Ronnie Liu berada dalam barisan Exco tetapi pada PRU 13, Teressa hanya bertanding kerusi parlimen manakala Ronnie digugurkan oleh DAP.

Apapun, muktamadnya Khamis ini dan jika benar Azmin memang tidak tersenarai sebagai Exco, ini bermakna ‘pertembungan’ beliau dengan Khalid dijangka berterusan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana