Drama...tipu...tipu...tipu di Stadium Kelana Jaya


Ada yang kata wow 50,000...ada pula kata hebat 80,000 orang.Jawabnya lantaklah berapa saja yang teruja nak tengok drama yang digarap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Stadium Kelana Jaya Rabu malam.Suasananya bak guruh gegar gempita.Namun the bottom line lagak mereka macam penyokong pasukan bola sepak yang frust menonggeng tidak boleh terima kekalahan.

Lebih manis dikata bak budak yang meronta-ronta tak dapat coklat.

Bab main drama ini kita kena tabik hormat pada Anwar.Dia memang master.

'Tipu...tipu...tipu'.Siapa yang berada di stadium itu boleh lihat bagaimana dia berkicau dan berkokok dengan ayat itu untuk membakar semangat penyokong taksub yang geram tidak jumpa kunci pintu pagar Putrajaya.

Mungkin bagi mereka yang dilanda kekeciwaan suara lantang sang orator itu bagai nyanyian merdu Siti Nurhaliza yang mengubat rindu.

Susah nak salahkan mereka.Bukan senang nak terima suatu kenyataan kalah dalam PRU13 setelah memekak seluruh negara 'menang sudah dalam tangan'.

Cakap siapa pun boleh cakap.Fakta tetap fakta BN 133 kerusi lawan PR 89.

Nak main tuduh tipu ini siapa pun boleh tuduh.

Macam juga Anwar sedap mulut boleh tembak main tuduh orang lain kelentong  tuduh dia pelakon seks  video China Doll dan yang terbaru dalam di klip gambar si raja goyang.

99.9 peratus tulin pun dia boleh buat muka seposen tuduh tipu.Segala macam bukti yang ada tentang pendedahan Datuk T dianggap rekaan.

Jadi siapa tipu siapa?

Anwar Oh Anwar...kita layan sajalah mamat ini selagi dia ada suara.

Baginya perhimpunan yang sudah bikin jalan-jalan sekitar stadium sesak teruk Rabu malam adalah 'suara rakyat suara keramat'.

Al-kisah mereka semua datang untuk membantah apa yang didakwanya ' tipu segala penipuan ' BN untuk merampas kemenangan dari Pakatan Rakyat.

Di situ Anwar isytihar dia tidak akan berundur yakni bersara dari politik seperti yang dijanjikan sebelum ini kalau kalah PRU13.

Dakwanya ini kerana pakatan sebenarnya menang.

Mereka yang tidak tahu  politik mungkin boleh diperbodokan dengan laungannya bahawa pakatan mendapat 52 peratus popular vote dalam PRU13.

Sedangkan pilihanraya Malaysia tidak pakai sistem popular vote tetapi jumlah kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang dimenangi.

Itulah sistem yang dipakai sejak dulu.

Dakwanya kemenangan BN diperolehi melalui pelbagai penipuan termasuk guna undi Mat Bangla,Filipina dan Indon serta dakwa kekal yang tidak kekal.

Skripnya termasuk 30 kerusi yang sepatutnya dimenangi pakatan 'dirompak' oleh BN.

Ewah.. katanya mereka nak tubuh tribunal rakyat untuk siasat dakwaan penipuan BN pada PRU13.

Apa kata tribunal itu turut sama siasat dakwaan video seks China Doll agar satu Malaysia dapat jawapan benar ke tidak?

Jangan nanti ada orang kata bab libat PRU13 saja berani...tapi yang kes empunya diri tak berani disiasat.

Hasutannya pada hadirin yang terkinja-kinja dalam dan luar stadium agar mulai Sabtu ini pakai warna hitam tanda protes kepada keputusan PRU13.

Dan seperti diduga ini adalah permulaan 'Anwar Spring',istilah yang kita boleh bagi khas kepada Anwar yang tengah melompat sakan macam spring nak tutup malu kalah PRU13.

Makanya Sabtu ini perhimpunan akan diadakan di lubuk pembangkang di Pulau Pinang pula.

Nanti macai-macainya di negeri itu akan kumpul puluhan ribu orang datang untuk tayang bagaimana 'suara rakyat' bergema di situ.

Katanya lepas ini himpunan itu akan diadakan di tempat-tempat lain.

Apa nak buat mungkin Anwar fikir satu Malaysia kena layan dia punya angau tidak dapat bertakhta di Putrajaya.

Siapa yang ada masa lapang elok sangat turun tolong belai sebuah hati yang luka itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana