Dr Ling: Hanya AGM Boleh Arahkan Dr Chua Letak Jawatan


PETALING JAYA: Tanpa gesaan daripada veteran MCA supaya Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meletakkan jawatan serta-merta, bekas presidennya, Tun Dr Ling Liong Sik berkata, hanya mesyuarat agung tahunan (AGM) parti itu boleh mengarahkan Dr Chua untuk mengundurkan diri.

“Beliau telah dipilih oleh AGM dan hanya AGM yang boleh memberitahu beliau untuk berundur,” kata Dr Ling kepada pemberita pada Rabu.Ditanya pandangan beliau mengenai 15 veteran MCA yang mendesak supaya Dr Chua meletakkan jawatan serta-merta berikutan prestasi parti yang merosot dalam pilihan raya umum ke-13, Dr Ling berkata, “Saya tidak tahu siapa 15 verteran itu.”

“Tetapi ia sudah pun berlalu. Mari kita bergerak ke hadapan. Beliau (Dr Chua) sudah berjanji akan mengadakan pemilihan parti yang bersih dan adil.“Mari kita sempurnakan pemilihan ini dan memberi peluang kepada kepimpinan muda untuk mengambil alih,” katanya.

Kumpulan veteran itu, diwakili oleh bekas presiden, Tan Koon Swan yang mengadakan sidang media bagi mendesak supaya Dr Chua tidak menunggu sehingga AGM bagi mengumumkan persaraannya.

Dr Chua berkata, beliau tidak akan bertanding dalam pemilihan parti yang dijadualkan pada tahun ini.

Mengenai MCA yang tidak mengambil sebarang jawatan kerajaan, Dr Ling berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) dan bergantung kepada mesyuarat itu untuk mengkajinya semula.

Beliau bagaimanapun berharap supaya parti itu mengekalkan jawatan mereka yang berkhidmat di pusat-pusat perkhidmatan, ketua-ketua kampung dan majlis-majlis daerah.

"Terdapat beratus-ratus dan beribu-ribu daripada mereka yang berkhidmat di peringkat komuniti dan mereka perlu meneruskannya.

"Jika anda tidak melaksanakan tugas perkhidmatan, anda akan menafikan harapan golongan miskin terhadap perkhidmatan yang diperlukan mereka," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana