Dr Asri: Rasis haram di sisi agama


KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Perlis, Profesor Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan, tindakan mengapi-apikan isu perkauman adalah haram disisi agama Islam.

Katanya isu perkauman yang dimainkan pihak tertentu demi kepentingan sendiri bakal mengundang kemusnahan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Tambahnya, perbuatan ini jelas bertentangan dengan ajaran agama yang disifatkannya sebagai menzalimi pihak yang tidak bersalah hanya kerana perbezaan warna kulit dan keturunan.

"Antara perkara yang ditentang oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah sikap fanatik perkauman ataupun ‘asabiah' yang menilai kebaikan dan keburukan berdasarkan kaum bukan prinsip kebenaran dan keadilan.

"Islam adalah agama rentas kaum dan sempadan geografi. Keadilannya Islam itu melebar merentasi perbezaan pemikiran dan agama," katanya melalui kenyataan media hari ini.

Jelas Asri lagi, isu perkauman berisiko mencetuskan tanggapan sesama rakyat yang tidak berasas sekaligus bakal menimbulkan ketegangan.

Sehubungan itu katanya, rakyat dalam negara perlu saling memahami antara satu sama lain.

"Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir sama ada untuk dia menjadi Arab, atau Melayu, atau Cina atau India atau selain itu.

"Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya," jelasnya lagi.

"Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titih keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua," ujar beliau.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berjaya mendapat mandat baru pada pilihan raya umum minggu lalu komited untuk membendung polarisasi kaum yang telah diterjemahkan dalam bentuk undi baru-baru ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak khuatir sekiranya trend ini berterusan maka keharmonian pelbagai kaum di negara ini akan terjejas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana