Demo jalanan tawan Putrajaya dirancang


KUALA LUMPUR: Kumpulan pro-Pakatan Rakyat secara terbuka mengumumkan mereka mahu  menawan Putrajaya secara kekerasan dengan mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran tidak lama lagi.

“Kita akan berarak di jalan dan mengambil alih Putrajaya. Jika kita benar-benar mahu menumbangkan mereka (BN), tidak ada cara lain. Demokrasi tidak berfungsi,” kata Haris Ibrahim, jurucakap untuk kumpulan yang menggelar diri Asalkan Bukan Umno (ABU).

Beliau berkata demikian di satu perhimpunan membabitkan kira-kira 1,000 aktivis pro pembangkang di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di sini, malam tadi.

Beberapa penceramah termasuk Haris bersetuju bahawa lima tahun adalah terlalu lama untuk menunggu peluang bagi menumbangkang BN menerusi pilihan raya umum.

“Rakyat tidak boleh menunggu lagi. Kami tidak mahu menunggu lima tahun lagi. Kami akan ke jalan untuk menuntut hak kami,“ kata beliau.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lalu, Pakatan Rakyat hanya meraih 89 kerusi Parlimen berbanding 133 yang dimenangi oleh BN bagi memastikan pemerintahan berterusan oleh parti itu sejak kemerdekaan.

Bagaimanapun Pakatan kekal berkuasa di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dengan majoriti menyakinkan sungguhpun kalah di Kedah.

Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, di dahului oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perhimpunan di beberapa negeri sepanjang minggu lalu.

Mereka menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan BN bersekongkol bagi melakukan penipuan untuk menang pilihan raya paling sengit dalam sejarah negara.

Aktivis pelajar Adam Adli Halim mencabar pihak berkuasa untuk menahan beliau kerana menghasut rakyat untuk menumbangkang kerajaan.

“Hari ini kami adalah kuasa majoriti di negara ini. Kami berupaya menggerakkan sokongan untuk merampas semula demokrasi yang dicuri daripada kami,” beliau dipetik berkata oleh Free Malaysia Today.

“Kami tidak boleh tunggu lima tahun lagi untuk menumbangkan Umno dan BN. Saya menggesa rakyat Malaysia bersatu dan berarak di jalan raya untuk menuntut semula hak kami. Pilihan raya tidak menumbangkang Umno dan BN, tunjuk perajaan jalanan saja caranya," kata beliau.

Turut memberi sokongan kepada idea itu adalah aktivis Hishamuddin Rais.

Beliau berkata rakyat perlu melancarkan demonstrasi jalanan kerana sistem perundangan negara tidak boleh diharapkan untuk menangani rasa tidak puas hati Pakatan terhadap keputusan pilihan raya.

“Kita akan menggerakan tunjuk perasaan jalanan besar-besaran. Ini bukan ugutan, ini janji,” kata beliau.

SPR sebelum ini menggesa semua pihak yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya untuk menfailkan kes di mahkamah dengan bukti-bukti berkenaan.

Pada masa sama, badan itu juga menimbang untuk menyaman Anwar dan pemimpin pembangkang yang menyebar fitnah tentang perjalanan pemilihan itu sehingga menjejaskan kredibiliti SPR.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana