Debat Hamidah-Radzi dibatal atas nasihat polis


IPOH 2 Mei - Kekecohan yang dicetuskan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab telah memaksa pihak polis menasihatkan program debat antara calon Barisan Nasional (BN) bagi N43 Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman dan lawannya dari Pas, Radzi Zainon dibatalkan.

Kekecohan tercetus ketika rombongan Hamidah tiba ke lokasi debat apabila nyanyian lagu Inilah Barisan Kita yang dinyanyikan oleh mereka disambut dengan sorakan sumbang oleh sekumpulan hadiran yang berada di khemah yang disediakan oleh pihak penganjur.

Keadaan semakin tegang apabila cubaan wakil Hamidah untuk berbincang mengenai terma debat diejek oleh kumpulan yang sama.

Pembatalan debat tersebut diumumkan oleh Radzi dalam sidang akhbar yang diadakan beliau selepas rombongan Hamidah beredar bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih tegang.

"Polis menasihatkan debat ini dibatalkan ekoran kekecohan yang berlaku sebentar tadi dan bagi memastikan keamanan," jelas beliau.

Sementara itu, Hamidah ketika dihubungi berkata, beliau memutuskan untuk tidak meneruskan debat berkenaan kerana kegagalan pihak Radzi mendapatkan permit untuk acara tersebut.

"Mereka hanya mendapatkan permit untuk ceramah dan bukannya untuk program debat ini.

"Sebagai penganjur, pihak Radzi pastinya mengetahui ketetapan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mewajibkan setiap program berkait pilihan raya perlu mendapatkan permit," ujar beliau.

Tambah Hamidah, tanpa permit berkenaan, pihaknya tidak mahu dipersalahkan oleh kelompok tertentu seandainya berlaku perkara yang tidak diingini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana