DAP pulau angkat sumpah Zambry....PR tak Boleh Terima KEnyataan BEbb


SHAH ALAM: Pakatan Rakyat membelakangkan sistem pilihan raya yang termaktub dalam Perlembagaan apabila mendakwa jumlah undi popular yang diraih oleh pembangkang menunjukkan ia memenangi PRU13.

Malah, pembangkang di Perak menggunakan alasan itu untuk memulau upacara angkat sumpah Menteri Besar Datuk Seri Zambry Kadir di Istana Iskandariah Kuala Kangsar pagi tadi.

Setiausaha DAP, Perak Nga Kor Ming mengesahkan semua 28 wakil rakyat pakatan memulau majlis rasmi istana itu kerana tidak mengiktiraf keputusan PRU13.

Beliau berkata pembangkang meraih 54.72 peratus undi popular berbanding dengan 44.49 yang diperolehi oleh pembangkang.

“Ini menunjukkan Pakatan mempunyai sokongan rakyat dan bukannya BN,” kata beliau sambil mengulangi dakwaan bahawa berlaku penipuan pada hari mengundi, Ahad lalu.

Di Petaling Jaya, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memberi hujah sama seperti DAP dalam menolak keputusan PRU itu, yang paling  sengit dalam sejarah negara.

Hakikatnya, sistem pilihan raya di negara ini berasaskan  jumlah kerusi Parlimen dan DUN yang dimenangi sesebuah parti, bukannya penjumlahan undi oleh calon-calon atau seperti yang sering dirujuk, sebagai undi popular.

Undi popular untuk Pakatan pada PRU13 adalah kira-kira 54 peratus berbanding 46 peratus yang diperolehi BN.

Keadaan itu berpunca daripada majoriti besar yang diperolehi oleh calon-calon DAP di banyak kerusi, baik di Semenanjung mahu pun di Sabah dan  Sarawak.

Di kerusi Seputih, misalnya, calon DAP Teresa Kok memperolehi majoriti lebih 50,000 undi berbanding lawannya dari BN.

Justeru, jumlah undi popular DAP naik mendadak dan menyumbang kepada undi popular yang lebih tinggi berbanding BN.

Namun dalam sistem pilihan raya Malaysia yang didokong bersama oleh pembangkang, yang penting adalah jumlah kerusi dan bukannya undi keseluruhan yang dimenangi oleh sesuatu parti.

Jumlah kerusi yang menentukan pihak mana menubuhkan kerajaan persekutuan di Putrajaya dan di peringkat negeri.

Barisan Nasional memperolehi 133 kerusi parlimen, manakala Pakatan Rakyat memperolehi 89 kerusi (PKR=30, DAP=38 dan PAS=21).

Di peringkat DUN, BN memenangi 275 kerusi, dan Pakatan meraih 230 kerusi dengan DAP menyumbang 95, PKR 49 dan PAS 86.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana