DAP dan PKR tidak akan bagi muka pada PAS...


KUALA LUMPUR: DAP dan PKR tidak sesekali akan membenarkan PAS meletakkan calonnya untuk mengisi jawatan menteri besar Selangor, kata Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad.

Shahrir berkata beliau akan terperanjat jika kerusi itu diberi kepada PAS tanpa mendapat bantahan daripada dua rakan sekutunya itu.

"Nampaknya PAS tidak dipercayai dalam PKR dan DAP.

"Pokoknya mereka (PKR dan DAP) akan mengatasi PAS. Saya tidak fikir PKR akan menyokong PAS dalam mengangkat calon MB kerana PKR pun hendak menjadi MB, tentunya DAP akan memberikan sokongan kepada calon PKR, saya tidak terperanjatlah saya akan terperanjat kalau MB daripada calon PAS," katanya kepada Antarapos.

Beliau menambah, lazimnya PAS hanya akan diberi jawatan sampingan umpamanya portfolio agama.

"Saya fikir DAP dan PKR akan lebihkan exconya dan memberikan jawatan-jawatan penting antara mereka sahaja, PAS hanya mungkin akan dapat portfolio agama, tidak ada jawatan lain, atau mungkin itu pun dia tidak dapat pasal PKR dan DAP akan membawa kepada kerajaan yang sekular," ujarnya.

Selangor sehingga kini masih belum memutuskan siapakah menteri besarnya walaupun hampir semua negeri telah mengadakan upacara angkat sumpah di hadapan Sultan dan Yang Dipertua masing-masing.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semalam memberitahu PAS tidak akan menuntut kerusi panas itu meskipun memenangi jumlah kerusi yang melebihi PKR.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga memberitahu parti dominasi Cina itu menyokong PKR untuk jawatan tersebut.

PKR hanya memenangi 14 kerusi DUN berbanding PAS dan DAP yang masing-masing menawan 15 kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ahad lalu.

Manakala DAP tidak boleh meletakkan calon mereka kerana undang-undang negeri Selangor menetapkan menteri besar mestilah seorang Islam dan Melayu.

Antarapos semalam melaporkan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin membidas PAS dan DAP yang didakwanya sebagai 'gila kuasa' apabila masuk campur urusan menentukan jawatan menteri besar.

Zuraida mendakwa jawatan itu adalah untuk PKR.

Sumber PKR memberitahu, Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali dan Zuraida kurang senang dengan hasrat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantik kembali Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk jawatan itu.

Difahamkan, Azmin dan Zuraida mengugut untuk meletakkan jawatan mereka, jika Anwar tetap memilih Khalid.

Khalid sebelum ini dikritik pemimpin akar umbi PKR kerana gagal mentadbir urus negeri dengan baik selain sering membelakang keputusan parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana