CEO Maybank Dilantik Sebagai Menteri JPM...Tahniah


KUALA LUMPUR 15 Mei - Barisan Jemaah Menteri bagi penggal ke-13 menyaksikan beberapa muka baru termasuk Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank Datuk Seri Abdul Wahid Omar dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Pengumuman dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sebentar tadi.

Selain Wahid, portfolio menteri JPM turut diisi oleh Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, Senator Datuk Seri Idris Jala, Senator Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Datuk Seri Shahidan Kasim, Pn Hjh Nancy Shukry, Datuk Joseph Entulu dan Senator Paul Lau Seng Kuat.

Barisan jemaah menteri kali ini mengandungi 24 kementerian dengan beberapa perubahan dilakukan keatas kemeterian tertentu.

Turut tercalon sebagai menteri, Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan menggantikan Datuk Seri Shabery Cheek yang memegang portfolio Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Najib mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Kewangan pertama dengan Datuk Seri Ahmad Husni Handzlah kekal sebagai Menteri kewangan kedua.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana