CEO Maybank Dilantik Menteri Di JPM


PUTRAJAYA: Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar pada Rabu dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Pengumuman senarai Kabinet yang baru itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini.

Selain Abdul Wahid, yang turut diumumkan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ialah Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Senator Datuk Idris Jalal, Tan Sri Panglima Joseph Kurup, Datuk Seri Shahidan Kassim, Nancy Shukri, Datuk Joseph Entulu Anak Belaun dan Datuk Paul Low Seng Kwan.

Abdul Wahid akan dilantik sebagai senator, berkuatkuasa pada 5 Jun depan.

Selain Maybank, beliau pernah memegang jawatan korporat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia Berhad, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif UEM World Berhad.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana