Boikot produk bukan kejam

KUALA LUMPUR 28 Mei - Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menafikan dakwaan mengatakan tindakan pihaknya memboikot beberapa produk syarikat milik kaum Cina yang dipercayai menaja perhimpunan haram sebagai kejam.

Sebaliknya, menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, tindakan memboikot itu adalah isyarat kepada syarikat berkenaan agar berhenti memberikan sokongan kepada sebarang bentuk perhimpunan haram.

"Saya hairan kenapa gabungan NGO Islam ini dituduh kejam memboikot lapan produk terbabit sedangkan tentera siber DAP, Red Bean Army telah melancarkan serangan memboikot produk milik bumiputera sejak 2011 lagi.

"Ini jelas terbukti dalam laman sosial Facebook dan beberapa blog yang mengajak kaum tertentu memboikot produk roti Gardenia yang didakwa milik UMNO," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Pada 14 Mei lalu, Nadzim yang mewakili 85 NGO Islam menggesa rakyat memboikot beberapa produk keluaran syarikat milik kaum Cina yang dipercayai turut menyumbang dana bagi menjayakan perhimpunan haram.

Katanya, orang ramai boleh mengetahui senarai lapan produk itu dengan melayari laman web PPIM di http://ppim.org.my/.

Lebih keterlaluan katanya, apabila kumpulan Red Bean Army yang dipercayai didalangi DAP turut mengatakan hasil jualan roti Gardenia sebanyak 16 sen disalurkan kepada UMNO.

Tambahnya, kumpulan itu juga dikatakan menyerang kopitiam Original Ipoh Old Town White Coffee yang didakwa milik isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui beberapa blog.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, serangan fitnah dan pembohongan melalui alam siber yang dilancarkan Red Bean Army sangat berbahaya dan menggugat keharmonian serta perpaduan di negara ini.

"Bayangkan apa perasaan kaum lain terutama Melayu jika fitnah yang dilakukan Red Bean Army dengan menggesa kaum Cina memboikot roti Gardenia dan bertukar kepada produk lain.

"Fenomena ini sangat merisaukan kita. Tindakan kita memboikot lapan produk itu bukan berunsur perkauman, sebaliknya memberikan pengajaran kepada syarikat yang dipercayai menyokong perhimpunan haram," katanya.

Nadzim berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa mengambil tindakan tegas dan proaktif ke atas serangan fitnah dan pembohongan tentera siber Red Bean Army itu agar keharmonian serta perpaduan negara sentiasa terpelihara.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan juga diminta menarik semula lesen penggunaan racun benzoyl peroxide yang terdapat dalam salah satu produk yang diboikot gabungan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana