BN S'gor akan teliti penolakan pengundi Cina


SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) Selangor akan meneliti punca sebenar masyarakat Cina tidak memberikan sokongan kepada parti itu berdasarkan keputusan pilihan raya umum (PRU13) semalam.

Timbalan Pengerusi Perhubungannya, Datuk Seri Noh Omar berkata, satu kajian akan dilakukan dalam tempoh terdekat yang antara lain memberi tumpuan mengenai kehendak sebenar yang diinginkan oleh kaum itu.

Katanya, berdasarkan program yang dilakukan sepanjang kempen PRU13 semalam, pengundi Cina diramal akan memberi sokongan yang baik kepada calon BN yang bertanding, khususnya di kawasan Lembah Klang, susulan penyertaan serta sambutan mereka terhadap parti itu.

"Namun, apabila pilihan raya, berlaku 'tsunami Cina', mereka berpatah kepada pakatan pembangkang. Banyak kerusi yang kita ramalkan boleh menang tapi berlaku sebaliknya.

"Kita membuat penilaian berdasarkan sokongan rakyat yang mana apabila BN mengadakan program untuk rakyat kehadiran masyarakat Cina di luar dugaan. Tetapi bila hari mengundi, kita tidak mendapat sokongan mereka seperti yang diharapkan.

"Justeru, kita akan buat kajian apa sebenarnya kehendak pengundi-pengundi Cina ini apabila pada pilihan raya mereka tidak berikan sokongan (kepada BN) tetapi dalam aktiviti atau program harian yang diadakan BN, mereka berikan sokongan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sambil memberikan contoh di Parlimen Tanjong Karang, Noh memberitahu meskipun beliau menang dengan majoriti 4,394 undi, namun BN kalah di peti undi di kawasan majoriti pengundi Cina. Beliau sendiri banyak memberi khidmat dan membantu rakyat di kawasan terbabit sejak menjadi Ahli Parlimen Tanjong Karang selama empat penggal lalu.

Dalam perkembangan lain, Noh ketika ditanya sama ada BN Selangor akan melakukan rombakan kepimpinan dan perlantikan ketua pembangkang Selangor ekoran keputusan PRU13 di negeri ini berkata, ia terpulang kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya.

Keputusan PRU13 di Selangor semalam menyaksikan BN gagal merebut semula pentadbiran negeri ini daripada pakatan pembangkang apabila hanya memenangi 12 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Comments

macgiver ll said…
Mca wajib drombak..

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana