Bidas SPR: PKR tidak bertanggungjawab - Atory

SHAH ALAM: Tindakan PKR membidas dan terus-menerus menuding jari kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ekoran gagal mendapatkan kemenangan majoriti dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) awal Mei lalu jelas memperlihatkan sikap ketidakbertanggungjawaban kepemimpinan parti itu, kata penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain.

Malah, ia disifatkan sebagai satu 'escapism' serta perang psikologi bagi menutup kelemahan pakatan pembangkang khususnya PKR sendiri.

"Sebenarnya mereka yang lemah, strategi mereka yang tidak betul, rakyat yang tidak menyokong. Jadi mereka terpaksa mengalih perhatian daripada kelemehan mereka sendiri, kelemahan (Datuk Seri) Anwar, kelemahan pemimpin pembangkang, jadi mereka membawa segala apa yang berlaku itu kepada SPR, katanya kepada Antarapos.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam Kongres Nasional PKR ke-9 hari ini mendakwa berlaku penipuan yang dipalitkan kepada SPR pada pilihan raya umum lalu.

Azizah juga turut menuduh SPR menyusun rancangan untuk memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) yang memperolehi 133 kerusi Parlimen sekali gus membolehkannya menubuhkan kerajaan persekutuan berbanding 89 kerusi yang diperolehi Pakatan Rakyat.

Kenyataan Azizah itu turut disokong oleh Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Sin yang mendakwa Pakatan Rakyat gagal menawan Putrajaya kerana SPR berkomplot memenangkan pihak lawan.

Selain itu PKR juga dilaporkan terpaksa menangguhkan pemilihan partinya yang sepatutnya diadakan pada November ini ke Mei tahun depan ekoran permasalahan tersebut.

Usul tergempar yang dicadangkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail itu dipersetujui sebulat suara oleh perwakilan parti.

Jelas Saifuddin, penangguhan itu dilakukan kerana kepimpinan parti kesuntukan masa untuk mengadakan pemilihan parti kerana PRU-13 baru saja selesai.

Mengulas lanjut Atory berkata penangguhan pemilihan parti itu jelas menggambarkan pemimpin pembangkang itu takut untuk menghadapi perwakilan jueteru itu dengan mudah bertindak menyalahkan kerajaan kerana memanggil pilihan raya di penghujung waktu.

Beliau berkata, sikap pemimpin PKR ini ibarat pepatah melayu 'tidak tahu menari, lantai jungkang-jungkit'.

"Dalam PKR sendiri berlaku kemelut politik antara Khalid Ibrahim, Azmin Ali, Wan Azizah semua, lebih baik diorang delay (tunda) benda ini sehingga keadaan reda, baru adakan pilihan parti. Sekarang masih panas lagi.

"Mereka salahkan kerajaan, sebenarnya tiada kena mengena pun. Pemilihan parti bila-bila sahaja oleh dibuat kalau dorang mahu.

"Menuduh salah orang itu memang mudah, melarikan diri daripada tanggungjawab juga mudah. Sepatutnya kalau kalah, mereka kena bertanggungjawab, ini tidak, yang bertanggungjawabnya, SPR. tidak betullah perkara itu," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana