Azmin Ali Sudah Boring Karenah PKR Kot : Wan Azizah tidak rujuk kepada PKR Selangor - Azmin


PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR,  Azmin Ali kesal dengan tindakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membelakangkan aspek ketelusan dalam mengemukakan calon Menteri Besar Selangor kepada pihak istana.

Azmin berkata PKR Selangor telah mengutus surat rasmi mengenai perkara itu kepada Azizah berasaskan perbincangan di antara ketua cabang dan pimpinan PKR negeri.

“Sehingga semalam kami tak tahu surat watikah dihantar oleh presiden kepada istana dan kami tak dapat apa-apa rujukan mengenai hal itu,” kata Azmin.

“Itu yang menjadi kebimbangan kami…siapa yang putuskan tentang penghantaran (nama calon MB),” tegas beliau.  

“Jelas (aspek ketelusan ini) tidak dipatuhi. Saya dan rakan-rakan tidak mahu amalan nepotisme dalam Keadilan,” kata Azmin.

“Sesiapa sahaja boleh dipilih menjadi MB tapi perkara pokok, proses itu mesti telus,”  tambah beliau pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR.

Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukti Antarabangsa berulang kali menegaskan beliau sanggup menerima sesiapa sebagai menteri besar asalkan prosedur pencalonan itu telus.

“Soal pemilihan calon bukan persoalan peribadi saya sendiri,” katanya.

“Siapa juga yang diputuskan oeh parti secara konsensus dan…secara adil dan saksama, kita akan terima,” tegas beliau.

Dalam pada itu Azmin mempertahankan tegurannya terhadap Anwar kelmarin kerana enggan mengiktiraf keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) Ahad lalu, sekali gus mendakwa pilihan raya itu dicemari penipuan.

Dalam pesanan Twitternya itu Azmin berkata semua pihak harus menerima keputusan pilihan raya  dan bergerak ke depan kerana rakyat sudah bosan dengan asakan politik melampau.

Hari ini Azmin menegaskan beliau berhak menyuarakan pandangan itu.

“Dalam Keadilan, kita boleh tegur pemimpin. Saya tak menyerang atau kritik mana-mana pemimpin Keadilan. Saya kata terima keputusan dan muhasabah. Apakah itu satu kesalahan kepada saya?,” ujar Azmin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana