Azizan Bekas MB Kedah Tenat...Marilah Kita Berdoa supaya Cepat Sembuh...Aminnn


GEORGETOWN: Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilaporkan berada dalam keadaan tenat dan menerima rawatan di Unit Rawatan Kritikal (CCU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Bekas Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid mengesahkan Azizan dimasukkan ke HPP petang Selasa.

"Sekitar pukul 5.30 pagi tadi keadaan ustaz Azizan agak tenat. Sehingga sekarang beliau sedang menerima rawatan di CCU," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).Difahamkan Azizan, 70, dimasukkan ke hospital selepas mendapat jangkitan kuman di kaki.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah menerima rawatan di KMC sejak pagi Isnin lalu.

Helmy turut menafikan khabar angin mengenai berita kematian Azizan.

Dalam pada itu, Bekas Setiausaha Politik Azizan, dalam laman facebooknya memberi tahu bahawa berita kematian itu tidak benar dan Azizan kini sedang dirawat di HPP.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Azizan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau dengan mengalahkan sepupunya Fazillah Mohd Ali yang mewakili Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 2,774 undi.

Bagaimanapun, PAS kehilangan kuasa pentadbiran kerajaan negeri apabila BNmemenangi 21 dari 36 kerusi DUN untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana