Apa tindakan bagi negeri anti-Perlembagaan? KEnapa Masih Degil Untuk Anjurkan Jugak....


Apapun alasan yang digunakan oleh kerajaan Pulau Pinang untuk menganjurkan perhimpunan di tempat awam, ia harus akur pada peruntukan undang-undang.

Ini kerana polis Pulau Pinang telahpun menolak permohonan kerajaan DAP itu untuk mengadakan himpunan mega di Esplanade kerana tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman (PAA). Ternyata larangan ini tidak dihiraukan oleh kerajaan negeri dan perhimpunan diteruskan.

Apakah yang mendesak sangat untuk memperkenalkan exco baru Pulau Pinang hingga perlu menganjurkan perhimpunan mega pada masa yang sama mengenepikan begitu sahaja pandangan polis yang bertanggungjawab terhadap keselamatan awam?

Akta Perhimpunan Awam (PAA) mensyaratkan notis diberikan kepada polis 10 hari sebelum sesuatu perhimpunan diadakan. Bukankah kerajaan DAP Pulau Pinang mempunyai masa lima tahun untuk memperkenalkan barisan exconya pada rakyat? Bukankah lebih elok jika amal bakti mereka diperkenalkan dahulu kepada rakyat?

Keadaan ini perlu dibincangkan kerana pihak pembangkang masih dalam ‘mood’ untuk menjadikan perhimpunan awam yang pasti mengganggu kententeraman trafik dan kesejahteraan awam sebagai satu budaya baru. Baru minggu lepas perhimpunan raksasa diadakan di negeri itu untuk membantah keputusan pilihanraya umum ke-13.

Tidak menghormati pihak polis adalah satu hal yang kurang baik bagi sesebuah kerajaan negeri. Bagaimanapun untuk memutuskan bahawa kerajaan negeri boleh berbuat sesuatu di luar lingkungan undang-undang adalah satu perkara lain.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata kerajaan negeri tidak memerlukan permit untuk ceramah berkenaan kerana ia adalah majlis negeri seraya menggertak polis jangan cuba mengganggu majlis berkenaan.

"Saya berharap polis tidak cuba untuk mengganggu perhimpunan itu," katanya pada sidang akhbar di Air Itam Sabtu lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana