Anwar Tuntut SPR Batal Keputusan PRU13....Kan Bangang Namanya

PETALING JAYA 25 Mei - Pakatan Rakyat menuntut pembatalan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) dan mengadakan undian semula dengan mengambilkira beberapa tuduhan terutamanya isu dakwat kekal.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika guna isu dakwat kekal dengan sendirinya pilihan raya akan terbatal.

"Kita nak pertukaran sisiterm segera kawasan-kawasan dipertikaikan tidak kurang daripada 30 kawasan Perlimen, paling minima ada pertandingan semula di 30 kawasan ini dan kita masih tuntut pembatalan Pilihan Raya.

"Kalau batal dakwat kekal saya bersedia, biar rakyat putuskan" katanya pada Himpunan Suara Rakyat 505 di Padang Timur Amcorp Mall, dekat sini malam tadi.

Tambah beliau lagi, kalau terbukti ada kecurangan dalam sistem pilihan raya Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mensti berdepan dengan rakyat undi semula walaupun sudah mengangkat sumpah.Dalam pada itu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyokong pendirian Anwar dengan mendakwa pimpinan Barisan Nasional (BN) terlibat dalam penyelewengan mencuri undi rakyat.

"Memang kerajaan Barisan Nasional sekarang telah mencuri unrakyat. Inilah hinpunan rakyat bukan yang terakhir ini episod awal episod kedua akan berterusan dan tunggu arahan dari pimpinan dari semasa ke semasa," tambahnya.

Himpunan anjuran bersama gabungan NGO ini diadakan bagi menyatakan bantahan terhadap penipuan yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Ianya sekaligus menuntut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletak jawatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana